Kisah aneh Uthaya Sankar yang kononnya hina "nabi" muhammad

 Tiga hari lepas keluar berita seorang penulis bernama Uthaya Sankar yang telah ditahan polis akibat menghina Muhammad. Sekali imbas tulisannya di facebook itu, tidak diketahui celah mananya yang dia hina nabi pujaan orang Islam itu. Cuba lihat gambar di bawah:


Apa yang hinanya? Dia cuma petik hadith riwayat al-Bukhari yang memang menyebut perkara itu (Sahih al-Bukhari, buku 5, hadith 21). Jadi orang yang membuat laporan polis itu, memang nampak sangat jahil tentang Islam. Sekali dengan polis kelihatan jahil. Selepas Uthaya ditahan dan dibebaskan, dia berkata yang dia sudah tak ingin lagi bercakap tentang Islam. Nampak tak taktik orang Islam ini dah berjaya lagi untuk senyapkan mulut orang? Sedangkan petik hadith sahih pun boleh ditahan polis, inikan pula menulis secara terbuka mengkritik dan melondehkan ajaran Islam, memang sesuatu yang amat bahaya. 



Islam agama rapuh, disebabkan ia tahu ia rapuh, maka ia perlu sentiasa mensenyapkan pengkritik supaya kerapuhannya sentiasa dilindungi. Maka adalah tanggungjawab kita untuk terus menerus menyatakan kerapuhannya itu sebenarnya. Sebab jika kita berhenti, mereka akan menang. Menang dalam mensenyapkan orang, dan melindungi orang daripada mengenali penipuan agama mereka.

Umat Islam amat takut dengan kritikan terhadap agama mereka, maka itu yang perlu terus dilakukan. Mereka mentertawakan kita yang mengkritik agama Islam secara anonymous, katanya kita ini penakut. Tetapi yang penakut yang lebih besar adalah mereka sebenarnya, kerana mereka sentiasa obses untuk menangkap sesiapa yang mengkritik agama mereka, sebab mereka takut, takut orang nampak kepincangan agama mereka. 

Comments

  1. Hadith kata Nabi sekali mandi ke?Ke itu tajuk shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimak kesemua isteri dalam satu malam, tapi mandi sekali saja.

      https://sunnah.com/muslim:309

      Delete

Post a Comment