Skip to main content

Posts

Featured

Cara penceritaan al-Qur'an: Tidak terperinci

Qur'an Biru, ditulis sekitar kurun ke-9 hingga ke-10 masihi. Tanpa titik dan baris Al-Qur'an sebenarnya banyak memasukkan kisah-kisah terdahulu di dalamnya, terutamanya kisah-kisah dari kitab-kitab agama Yahudi dan Kristian. Bagaimanapun, cara al-Qur'an memberikan cerita-cerita ini adalah, dengan tidak memberikan perincian mendalam dan tidak terlalu berminat untuk menerangkan siapa watak-watak yang dimaksudkan, dan ini merupakan kebiasaan bagi al-Qur'an. Di dalam banyak kes, kita tidak diberitahu pun siapa watak yang dimaksudkan dan pembaca dibiarkan tertanya-tanya. Misalnya, siapa nama isteri Ibrahim, atau berapakah anak Nuh? Al-Qur'an menyebut kewujudan mereka tanpa menamakan mereka.  Satu sebab kenapa ini berlaku, adalah kerana al-Qur'an sebenarnya sebuah kitab yang telah lahir di dalam komuniti yang sudahpun tahu atau biasa mendengar cerita-cerita lagenda ini. Jadi al-Qur'an cuma perlu merujuk kepada satu-satu cerita itu, tanpa perlu memberikan perincian

Latest posts

Al-Qur'an, kitab untuk umat Arab

Antara mengutus rasul dan menghantar mukjizat: Standard berbeza oleh al-Qur'an

Konsep alam semesta di dalam Islam

Benarkah Muhammad seorang buta huruf?

Surah ar-Rum. ayat 27: Mengulangi penciptaan adalah lebih mudah dari memulakan