Tentang Saya

Nama: Muhammad Aiman b. Abdul Fatah
Nama kunya: Abu Yusuf al-Malizi (أبو يوسف الماليزي)
Asal: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Bangsa: Melayu
Agama: Tiada
Status: Bujang

Email: rakyatmarhaen123@gmail.com

Tarikh Meninggalkan Islam: Sekitar 2013
Misi: Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hakikat bahawa Islam hanyalah rekaan sekumpulan manusia, yang dipelopori Muhammad sendiri.

Comments

  1. Orang jahil berlagak alim. Melupakan asal usul. Kau harus mencipta nama kau sendiri. Kau harus mencipta kaki kau sdiri. Kau juga harus mencipta tangan kau sendiri kerana kau tidak mengaku kewujudan Tuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengarut, habis tu tuhan Allah kau tu wujud ke? Kot ye pun ada tuhan, siapa dn apa dia tu, takda siapa tahu.

      Tp nak kata entiti yg nama Allah tu tuhan, kau kena bg bukti dulu entiti yg ada bernama Arab tu wujud, baru blh percaya.

      Delete
    2. Dia tak reply sbab dia tak boleh nak reply la

      Delete
    3. Malu mengaku Melayu Islam padahal tinggal di Malaysia
      Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu kembali kepada agama Allah
      Ingat setiap tulisan kamu yang menyesatkan akan ditimbang di neraca Allah di Yaumul Mahsyar nanti

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bismillah,

    sy baru terbaca, sy ada melalui pengalaman macam anda,
    tapi Alhamdulillah tidak terburu2...


    sy kecewa kerana anda terburu2....padahal umur belum 30...
    apa salahnya bersabar dalam meniti ujian Tuhan...

    apa yg anda lalui samada ujian hidup atau ujian kefahaman tentang Tuhan yg seolah2 menunjukkan Tuhan tidak kisah...
    atau seolah2 tidak wujud, turut saya lalui....

    sy ingin bebincang dgn anda, contact sy di FB Muhammad Faiz, dengan gambar samikna waatokna dalam bahasa inggeris...

    atau melalui rujukan e-mail utk fb, dynamic_string@yahoo.com

    maaf takleh bagi nombor telefon kerana sy juga khuatir untuk terus berhubung, apa2 hal pun....kita try dulu FB...

    saya ingin tambah ilmu sy, kenapa sy tidak terburu2, dan kenapa anda memberontak.....

    padahal apa yg kita lalaui lebih kurang sama...
    malahan sy lebih banyak tahu syubhat dlm islam dari anda.

    tapi takpa...pelan2...


    moga bermanfaat dan Allah lah yang Maha Mengetahui...





    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kesempatan dan ada masa trluang, akan sy hubungi encik, insya Buddha.

      Sengaja sy ckp insya buddha, sbagai jenaka.

      Delete
  4. baik....bila lapang...

    dan jenaka anda tidaklah mencerminkan perubahan ke kebaikan pd keadaan anda skrg..mungkin bersebab.

    Tuhan alam lebih tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prubahan ke kebaikan itu kebaikan pd definisi kamu. Bg sy, dn sy harap bg kamu juga, prcaya kpd prkara yg tidak bnar itu bukan satu kebaikan.

      Tidak kiralah siapa atau apa atau brapa tuhan itu, hakikatnya ia bukan tuhan yg mmpunyai nama Arab yg mudah hilang kawalan perasaan marahnya sampai nak panggang brbillion orang slama inifiniti tahun di neraka, itu.

      Ini tuhan yg perlu dimasukkan ke pusat kaunseling dn mndapatkan bantuan pakar psikologi.

      Delete
  5. Hakikat yang tidak dapat diubah walaupun sejauh mana dan bagaimanapun disangkal, "Allah, Allah, Allah...". Tiada mudarat bagiNya atas apa pun yang kita perkatakan dan perlakukan. Manusia hanya menzalimi diri sendiri...

    ReplyDelete
  6. I think you are suffering from bipolar. All the symptoms are there. Tak perlu buat blog untuk mewar warkan aku bukan lagi Islam. Juga menghina Islam. It's just not on bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No I'm not bipolar. Why do you say such?

      Kena mewar warkan, sbb org Islam mewar warkan org yg masuk Islam dn mnjdkan tu sbagai bukti islam tu benar. Padahal yg kluar Islam pun ramai, jd kami Melayu non Muslim, perlu juga ketengah diri kami. Kami wujud, dn angka kami bertambah.

      Cuma kami ditindas

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Macam2 ragam orang yang meninggalkan komen disini. Ada yang berlagak macam doktor, ada yang berlagak macam ahli psikologi. Hakikatnya mereka tidak boleh menerima realitinya bahawa anak muda yang bijak serta berpengetahuan tentang agama akan meninggalkan Islam juga.

      Delete
  7. Sy bermnat dgn hujah tuan..kalau sudi nak share Cte la...cmne nak contact

    ReplyDelete
  8. 1.Abu Yusuf al-Malizi, adakah anda suka gelaran Arab padang pasir?
    2. Sekarang anda atheist atau agnostic?
    3. Jika anda benci Islam, kenapa ambil berat hal Islam macam ada love-hate relationship?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tak faham maksud anda. suka gelaran arab pdg pasir?

      2. Atheist, tp sy tak suka label itu. Sy tiada agama.

      3. Anda nk tau apa yg trtulis di IC sy? "islam". Sebab tu ambil berat, sebab dh kluar Islam pn tp Islam masih memenjarakan kaum Melayu non-Muslim macam sy.

      Bukan sy yg tak nak tinggalkan Islam, tp Islam yg tak nak tinggalkan sy.

      Delete
    2. 1. Nama kunya Abu Yusuf al-Malizi dan gelaran seumpamanya berasal dari zaman Arab jahiliah dan kemudian tradisi ini diteruskan oleh Arab Islam sahaja hingga kehari ini. Jika anda meneruskan tradisi ini bermakna Islam masih ada dihati anda. Love something that you hate?

      2. Dengan mengakui atheis ini bermakna anda meyakini tuhan tidak wujud. Invincible, mystical power atau supernatural being hanyalah khayalan. Pastinya anda seorang yang berani dicabar bermalam bersaorangan dikubur atau didalam gua yang gelap. No God no Ghost. Anda hidup tanpa percaya adanya roh, hidup secara kebetulan atau lumrah alam tanpa sebarang kawalan oleh 'master of the universe'.

      3. Tuduhan anda tersasar. Perkataan 'Islam' di IC bukan hukum Islam tetapi undang-undang manusia demokratik di Malaysia. Anda hanya perlu declare murtad di mahkamah syariah & sivil kemudian buat pembetulan di JPN. Itu yang telah berjaya dilakukan oleh beberapa orang murtad (boleh dapat bantuan guaman percuma dari kumpulan tertentu). Anda mesti sanggup berusaha, sekadar merungut tidak selesaikan masaalah. Kalau memang "love something that you hate", biarkan sahaja Islam di IC anda. Anyway, apakah perlakuan yang menyalahi hukum Islam telah anda buat dan didakwa di mahkamah syariah?

      Hakikatnya anda yang memenjarakan diri sendiri tetapi menyalahkan pihak lain. Get rid of anything associated dengan Islam daripada nama kunyah yang anda pilih sendiri hinggalah budaya Melayu yang mengongkong diri.

      Delete
    3. 1. Anda hnya melihat dunia ni hitam dn putih. Suka hatilh sy nk guna kunya apa pun. Ada org yg dh keluar Islam pn namanya masih Muhammad lg. Apa yg buat anda ni panas bontot sngat?

      2. Poin kedua anda ni sbnarnya takda poin pun.

      3. Alahai snangnya bermadah. Mcm ni lah, anda ni Islam ke? apa kata anda berani sngat, pg prjuangkan scara umum kpd institusi Islam kat Malaysia ni, hak kbebasan orng Islam utk kluar Islam, trutamanya org Melayu, kmudian tunjuk bukti pd sy yg anda dh brsuara.

      Slagi anda tak tunjuk, tak payah lah bising2 kat sini, nk suruh org buat itu buat ini. Buang masa saja.

      Delete
    4. 1. Anda bebas memilih nama dan gelaran sendiri. Silakan simpan nama Muhammad Aiman dan Abu Yusuf. Sekurang-kurangnya ia mengundang persepsi anda ialah seorang Islam & anda sangat sukahati. Semoga anda terus dapat bertahan bahang panas padang pasir!

      2. Ada points sangat penting selagi anda bersetuju; Tidak wujud the 'ultimate being' dan ANDA SENDIRI HIDUP TANPA ROH. Perbahasan ini mungkin akan agak saintifik. Bukankah atheist suka evidence?

      3. Pada tahun 2017 seramai 3000 orang register di mahkamah syariah WP untuk murtad. Kenapa anda tak berusaha berbuat perkara yang sama menurut undang-undang Malaysia sebaliknya hanya bermadah "Islam yang tak mahu tinggalkan saya". Jangan berlengah, jika esok anda mati, bangkai anda akan ditanam diperkuburan Islam!

      Dari hidup hingga mati 'evidence' anda seorang Islam.

      Meminta tunjuk bukti dari saya yang tidak membenci dan mengutuk semua agama? Tetapi cabaran itu sekurang-kurangnya anda telah mengakui ianya undang-undang Malaysia, bukannya hukum Islam!

      Kenapa anda sendiri tidak tunjuk bukti sangat membenci Islam seperti menukar nama, memilih gelaran dan membuang Islam dari IC?

      Apa evidence anda seorang atheist? Obviously, you 'love & hate' Islam so much!

      Delete
    5. ". Semoga anda terus dapat bertahan bahang panas padang pasir!"

      Sy hrap anda blh hnti gunakan poin ni buat masa skarang.

      "Ada points sangat penting selagi anda bersetuju; Tidak wujud the 'ultimate being' dan ANDA SENDIRI HIDUP TANPA ROH. Perbahasan ini mungkin akan agak saintifik. Bukankah atheist suka evidence?"

      Anda pnya pegangan apa? Anda dtg sini tidak dijemput, skurang2nya prkenalkan lh diri dulu.

      " Pada tahun 2017 seramai 3000 orang register di mahkamah syariah WP untuk murtad. Kenapa anda tak berusaha berbuat perkara yang sama menurut undang-undang Malaysia sebaliknya hanya bermadah "Islam yang tak mahu tinggalkan saya". Jangan berlengah, jika esok anda mati, bangkai anda akan ditanam diperkuburan Islam!"

      Bg sy sumber mana awak dpat utk dakwaan tu. 3000 murtad tahun 2017? Sy cabar awak bg sumber yg sahih utk dakwaan ni.

      "Dari hidup hingga mati 'evidence' anda seorang Islam."

      Sy kira kita dh tak prlu mmbincangkan poin ni, sbb ia dh tak relevan.

      Delete
    6. Hakikatnya diri kamu suka & bangga berterusan ada perkaitan dengan Islam - Abu Yusuf al-Malizi!!!

      Sila Google sendiri "Melayu murtad" lihat terutamanya tulisan akademik (ada yang kena sign-in). Kira sendiri jumlah murtad di Malaysia.

      EVIDENTLY you're a Muslim. No effort to self establish (officially) as an atheist. Patutkah mengharap orang lain bawa borang murtad dan borang JPN kerumah kamu! Jika tidak pernah cuba atau berusaha, bermakna kamu rela dan puashati dengan status sekarang. Apasal nak komplen & menyalahkan Islam atau pihak lain?

      "Anda hnya melihat dunia ni hitam dn putih"
      Kamu memang kelabu!
      Adakah sifat atheist suka mempersenda agama?

      Biarkan orang Islam & Kristian dengan "kesilapan" mereka sebaliknya seorang atheist hanya perlu tunjukkan "kebenaran atheism". Dah buat?

      Sekarang saya cabar kamu buktikan the truth about atheism without refering to any religious/holy books. Contoh, mulakan dengan cause & effect theory.....

      Delete
    7. "EVIDENTLY you're a Muslim"

      Baru sy tau, kalau cakap Qur'an tu tulisan manusia dn Muhammad bukan nabi, maksudnya org tu adalah Islam.

      "No effort to self establish (officially) as an atheist"

      Kamu ni kurang cerdik ke apa, apa kperluannya nk establish officially klau dh tau hasilnya kamu akan ditahan jabatan agama, masuk kaunseling paling kurang enam bulan, risiko ditahan polis atas dakwaan mnghina agama (kalau dibuat siasatan lebih), dibuang keluarga, diancam bunuh dn dipulau masyarakat? Jgnla jd bodoh.

      "Apasal nak komplen & menyalahkan Islam atau pihak lain"

      Habis tu nk salahkan siapa? Dh mmg Islam punca org bekas Islam ditindas.

      "Adakah sifat atheist suka mempersenda agama?"

      Atheist bukan agama. Ada org suka prsenda agama, ada yg suka prsenda parti politik, prsenda pasukan bola. Org nk prsendakan apapun suka hati dialh.

      "Biarkan orang Islam & Kristian dengan "kesilapan" mereka sebaliknya seorang atheist hanya perlu tunjukkan "kebenaran atheism""

      Atheism bukan agama. Mana ada kbenaran atheism. Tak blh biarkan, sbb org Islam dn Kristian sntiasa canang agama mreka sbg benar. Yg Islam pun smpai lima kali sehari menjerit di corong pmbesar masjid bgtau satu dunia agama dia yg betul.


      "Sekarang saya cabar kamu buktikan the truth about atheism without refering to any religious/holy books. Contoh, mulakan dengan cause & effect theory....."

      Sy tak brapa brminat nk ckp psl atheism seolah2 ia satu agama. Tlongla faham poin mudah ni. Sy pn tak tau siapa kamu atau apa pgangan kamu.

      Kalau kamu Islam, lbih elok bincang psal Islam dlu. Cantas Islam dlu awal2 supaya ia blh diletak tepi, kmudian baru move forward klu nk ckap psl bnda lain.

      "Sila Google sendiri "Melayu murtad" lihat terutamanya tulisan akademik (ada yang kena sign-in). Kira sendiri jumlah murtad di Malaysia."

      Td kamu dakwa 3000 dh murtad tahun 2017, sy minta sumber sahih atas dakwaan ni, atau kamu cuma buat crita? Kes2 murtad mmang ramai, tp yg lulus di mahkamah teramat kecil kalau adapun.

      Yg lulus biasanya yg muallaf masuk Islam kmudian nk kluar balik. Yg memang Melayu Islam klau nak kluar memang trlampau susah, dn kalau kes dia media dpt tau, org yg memohon tu akn diancam. Lina Joy contoh, mana dia skarang? Dh hijrah luar negara sbb dia dgn lawyer dia diugut bunuh. Prmohonan dia nk buang prkataan Islam di IC ditolak dn kes tu jd precedent utk kes2 lepas tu.

      Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) lg hebat, dakwa yg takda langsung prmohonan murtad oleh org Melayu diterima (Malay Mail, July 2014).

      Delete
  9. Hahaha....love & hate terbukti tuan tanah sakit mental bipolar

    C&p:
    Bipolar disorder, formerly called manic depression, is a mental health condition that causes extreme mood swings that include emotional highs (mania or hypomania) and lows (depression).

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kan nk mengaku lakkk... member iqram diznly kee ciki2 wkwkwkw

      Delete
  10. berenti la isap kuda dan syabu tu.. bila otak cari kebenaran..ini lah yang dapat.. sebab tu Islam ada rukun Iman.. sesuatu yang hanya taqwa saja boleh yakini.. wallahualam..semoga anda berguru, bukan sekadar mencari dengan membaca,guru logik akal ialah syaitan. Insyaallah..teruskan mencari... saya doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. 1. Nama awak tu nama betul ke?

    2. Saya rasa awak belum berkahwin. Maybe awak gay.

    3. Orang menuduh awak menghidap mental illness. Saya pun syak awak begitu. Cuma saya tak pasti jenis apa.

    4. Pada saya Muhammad tak salah dalam isu penyusunan agama. Begitu juga Krishna, Shakyamuni, Jesus dan Solomon. Mereka tak pernah meminta pengikut mereka mencipta agama. Apatah lagi memberikan nama kepada agama-agama berkenaan.

    5. Pada saya Tuhan itu ada. Freemason pun percayakan kewujudan Tuhan.

    6. Saya meminati Richard Dawkins. Saya suka mendengar pendapatnya tentang pelbagai agama dan kitab.

    7. Setakat ni saya tak jumpa lagi postings dan komen awak tentang Muhammad dan Quran. Maybe masa akan datang saya terjumpa dan dapat memahami rasional awak menafikan Muhammad dan Quran. Mungkin kita boleh bergaduh sekali sekala.

    8. Harapan saya ialah awak akan menyedari kewujudan Tuhan dan berhenti mengajak orang Melayu murtad.

    Do you want to know some fun facts about 'TUHAN'?

    Well.. TUHAN was invented in Betawi by the Dutch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang nama betulla

      Oi, sedap2 sj kata org gay.

      Apa yg mental illness nya. Cuba ckap apa jenis mental illness, saya pun blh ckap awak ada mental illness.

      Pd awak muhammad bgitu? Awak pnya pmahaman psal muhammad ni awak kna terangkan dlu. Sbb klau awak cakap ‘pada awak’, ni dh blh maksud mcam2 dh. Tahap ilmu dn pmahaman seseorg ttg agama mmpngaruhi dn mencorakkan pndangan dia trhadap agama tu.

      Trpulanglah klau awak kata tuhan tu ada, dn sy tak kisah langsung klau freemason pun kata ada.

      Baguslh awk suka richard dawkins, dia antara pncetus awal sy utk mmpersoal dn akhirnya kluar islam 7 tahun lepas

      Posting sy brkenaan muhammad tu ada sja, mngkin awak kena cari balik. Blh jugalh klau sy nak lebihkan lagi, tp posting sy pasal quran tu memang ada bnyak dkat sini. Awak scroll lah balik.

      Kewujudan tuhan yg macam mana. Tuhan jenis apa. Klau dia wujud pun, mungkin dia seorg yg ganas, suka membuli dn suka tngok orang mnderita. Tuhan mcm ni ke yg kamu prcaya? Kalau sy tak percaya dia awak rsa dia marah ke?

      Delete
  12. Tuhan (Lord) berasal dari pelesetan perkataan Tuan (Lord).

    Nama penterjemah Belanda yang membuat pelesetan kata itu ialah Melchior Leijdecker.

    My point is pada asalnya "Tuhan" dicipta untuk orang Kristian. Kemudian agama lain mencurinya.Terpaksalah umat Kristen tersebut menggunakan kalimah Allah.

    Anyway persepi negative awak terhadap Tuhan adalah berpunca dari terjemahan dan tafsiran Quran oleh the authority. Memang tiada yang boleh dilakukan untuk merubah persepi awak. melainkan awak rujuk Quran versi puak anti-hadis.Saya bukan promote idealogi anti-hadis. Sekadar berkongsi maklumat sahaja. Mungkin awak akan jumpa terjemahan dan tafsiran yang lebih harmoni.

    Jika awak tak percaya Tuhan, Tuhan tak marah pun. Cuma ini Malaysia. Awak mesti percaya kepada Tuhan. Tak percaya pun mesti buat-buat macam percaya.

    Cina Buddha pun sebenarnya tak percaya Tuhan. Tapi Buddhism diiktiraf sebagai agama kerna mereka berjaya meyakinkan kerajaan bahawa Sakyamuni tu adalah Tuhan mereka.

    ReplyDelete
  13. Hai encik, saya nurul. Saya baru baca encik punya blog. Bila baca bt saya terpikir jugaa sebenarnya ada juga golongan yg seperti encik. Encik berani menyuarakan pendapat encik. Saya pun rasa agama di malaysia seperti di sistemkan. Contoh, melayu harus agama islam. Encik mesti banyak ilmu kan? Encik baca semua kitab ke? Tak semua org mampu berpikir mcm encik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nurul, sy berani kata sy bnyak ilmu jugalah. Sebab saya bnyak baca dan kaji prkara2 yg orang kita tak biasa atau tak pernah kaji pun. Sbelum ni saya bnyak mngkaji islam dan mlibatkan diri dlam gerakan dakwah, tak ramai orang melayu yabg buat macam tu pun, dan selepas tu sy mngkaji bnyak prkara yg mengkritik islam, ni pun tak ramai orang melayu yang buat.

      Jadi ya, tu yang membezakan saya dngan orang melayu islam lain. Nurul brfikiran mcam mana?

      Delete
  14. Selamat sejahtera saudara.
    Bila terbaca blog saudara, tau lah sy bahawa saya tidak berseorangan.. terima kasih saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang awak tak keseorangan, jangan risau. Ada ramai juga yang macam kita du luar sana, cuma kami tidak mengetahkan sangat pandangan dan diri kami. Tapi saya memang nak katakan, awak tidak keseorangan.

      Bila awak mula tersedar islam tu tak benar?

      Delete
    2. Saya start ragu2 dah lama. Semenjak sekolah agama lagi. Byk pertanyaan sy yg ustaz marah. Last2 suruh saya diam dan kuatkan iman.
      Kemuncaknya start 2-3tahun lepas,
      Sy mula merasai sistem faraid adalah sistem wasiat paling tak adil dalam dunia. Pembahagian yg entah hapa2. Menganiaya waris.
      Persoalan seterusnya adalah bila saya mengkaji hadis.
      Berkenaan hamba wanita boleh diromen sesuka hati. Tawanan perang wanita, boleh dijimak sepantas mungkin, walhal mereka baru saja menjadi balu.
      Minum air kencing unta.
      Kahwin dengan kanak2.
      Aurat wanita yang diwajibkan tiada kaitan dengan hadis2 dan ayat alquran.
      Nabi pon pernah kencing berdiri.

      Juga yg buat saya terpikir islam ni agama palsu bilamana;
      Peperangan sesama sahabat. (Padahal nabi baru saja meninggal).
      Masing2 berebut kuasa.
      Alquran pula dibukukan atas perintah umar. Walhal nabi tak suruh pon.
      Munculnya imam2 mazhab yg cuba melengkapkan ajaran yg tak lengkap ni.
      Dah 1400 tahun tapi sampai skrg tak habis berbalah sesama sendiri.
      Maka memang benar lah ini agama rekaan sahaja.

      Seperti tuan, saya adalah agnostic. Saya bersyukur dapat dipertemukan dgn tuan. Terjawab semua persoalan2 saya.

      Terima kasih.

      Sy boleh dihubungi dgn akaun fb "jalil md dom'. Akaun fake jer ni. Gila mana boleh tunjuk muka betul.. haha.

      Delete
    3. Pandangan awak sama mcm rmai bekas muslim. Sy perasan isu jimak dengan tawanan perang dan kahwin dengan kanak2 ni dua isu utama yang buat bnyak orang persoalkan islam dan akhirnya kluar Islam. Dua prkara ni sbnarnya dua sebab utama knapa sy kluar Islam.

      Isu2 lain yg awak sbut juga isu2 menarik yg memang buat Islam tu nmpak sbagai hanya rekaan. Blh sy tau usia tuan brapa ya?

      Delete
  15. Assalammualaikum Ya Akhi.

    Pelbagai cara Allah Swt menguji hambaNya. Saya doakan saudara dapat melalui ujian² ini dengan tabah dan mendapat jawapan kepada persoalan² saudara. Saya fikir saudara bukan seorang atheist, sebaliknya hanya seorang agnostic. Saya pernah menulis; Atheists belief is too dogmatic, agnostics puzzle in between the line. optimists foresee the silver lining, pessimists cry over the dark clouds. egocentrics suffer their only points of view, Believers prostrate with a peace of mind. Saya juga seperti saudara, seorang yang ingin mencari jawapan, tetapi saya tetap seorang Muslim dan yakin dengan kalimah syahadah. Malah tidak mungkin Al Quran adalah ciptaan manusia.

    Terjemahan Surah 40. Ghāfir: Ayat 57 - Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.

    Cuba kaji kejadian alam semesta dan ayat² berkenaan penciptaan Allah Yang Maha Mencipta, terutamnya tentang konsep betapa luasnya alam semesta ini, tentu saudara akan faham tentang ujian² Allah SWT di muka bumi ini, adalah sangat singkat waktunya.

    Saya doakan saudara sentiasa berada di jalan yang lurus dalam perjalanan saudara mengenal Allah SWT. Pandangan saya kepada saudara, jauhi perbuatan apa yang ditegah Allah Swt. Lupakan sejarah² hitam yang pernah saudara lalui. Kenali diri saudara seadanya, mudah²an saudara akan mengenal Allah SWT, yang Maha Mencipta yang menciptakan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara kerana tinggalkan komen, sy cuma nak brtanya sdikit sahaja;

      Saudara kata "Malah tidak mungkin Al Quran adalah ciptaan manusia."

      Kenapa?

      "Terjemahan Surah 40. Ghāfir: Ayat 57 - Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui."

      Adakah saudara menggunakan ayat ini utk mndukung dakwaan bahawa Qur'an tidak mungkin ciptaan manusia? Tidakkah saudara sedar yang ayat ini saja hanyalah ayat yang sesiapa pun, malah budak kecil yang pintar pun boleh katakan?

      Ia hanya ayat yang boleh diucapkan sesiapa. Malah saya pun boleh kata "Sesungguhnya penciptaan alam semesta it lebih berat dan lebih menakjubkan dari penciptaan kucing, dan kucing akan dihidupkan semula di hari kebangkitan". Nampak, adakah ini membuktikan apa-apa?

      Delete
  16. Sebagai seorang Muslim, saya sebenarnya musykil siapa saudara sebenarnya. Pada firasat saya, saudara adalah seorang bukan Islam yang sengaja mengada²kan cerita kononnya saudara ialah seorang pelajar tahfiz dan sebagainya, yang kononnya, akhirnya murtad. Cara² saudara menggunakan akal saudara sebagai hujah, dan juga cara saudara menjawab perbandingan alam semesta dengan penciptaan kucing, jelas menunjukkan hati saudara belum menerima cahaya hidayah Allah SWT. Saudara, sebagai seorang bukan Muslim yang ingin mencari kecacatan Al Quran, teruskanlah. Bagi orang² Muslim, tidak ada kecacatan dalam penciptaan Allah SWT, sepertimana dijelaskan dalam surah 67, Al Mulk, ayat 3 dan 4.
    Sepertimana orang² lain yang tidak mendapat hidayah Allah SWT, saudara akan terus menentang ajaran Islam, Al Quran dan Nabi Muhammad SAW, teruskanlah. Ini bukan perkara baru, malahan jawapan saudara juga cliché tentang terjemahan Surah 40. Ghāfir: Ayat 57 yang cuba saya sampaikan. Seperti, pokok² yang tumbuh dihutan belantara, ada yang tinggi dan ada yang rendah ciptaanNya. Saudara seorang bukan Muslim yang berpura² pernah menjadi seorang Muslim, hanya menggunakan akal dalam berhujah, apatah lagi, untuk tidak membenarkan ayat² Al Quran, maka tidak perlu saya berhujah dengan saudara. Pertama, sebab saya yakin, Al Quran adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, dan itu ialah pegangan umat Islam dari dulu sehingga sekarang dan masa hadapan. Perbuatan saudara untuk menidakkan Al Quran hanya perbuatan yang sia² dan tidak meninggalkan apa² kesan pun kepada kaum Muslimin di dalam pemeliharaan Al Quran dan agama yang diredhai Allah SWT iaitu agama Islam.

    Mudah²an Allah SWT akan memberikan hidayah petunjukNya kepada saudara suatu hari nanti. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya dah beberapa orang yg kata sy ni bukan Islam. Bg sy ni mudah, sbab apa, sbab masih ramai Muslim yg tak trbayangkan adanya org yg akan kluar Islam. Sy dulu pn slalu byangkan org murtad ni bilangan dia kecik, dn rata2 cetek ilmu agama. Tp ni jelas salah.

      Rmai yg kluar Islam slpas dia mndalami ilmu agama, sbab nmpak bnyak kpincangan, trutamanya skarang, dgn maklumat snang diperoleh melalui internet. Awk ckap sy gunakan akal, sudah tentulah kita gunakan akal. Klau awak mmbelakangkan akal, dn hanya smata-mata mndahulukan kitab purba, memang pmikiran awak akan terus singkat dan takkan kedepan.

      Surah al-mulk ayat 3 dan 4 tu sejak sy sekolah menengah lagi waktu masih muslim, sy dah nampak ada yang tak kena. Awk betul2 prcaya yg dlam pncipaan allah awak takda kecacatan? Takda kecacatan genetik? Takda manusia yang cacat? Takda haiwan yang cacat? Takda tumbuhan yang cacat? Btul ke awak fikir macam tu?

      "Perbuatan saudara untuk menidakkan Al Quran hanya perbuatan yang sia² dan tidak meninggalkan apa² kesan pun kepada kaum Muslimin"

      Klau saudara fikir mcm tu, bagus juga, maksudnya saudara tak tau brapa bnyak org yg dh mesej sy yg kata mreka pn sama mragui islam dn brterima kasih krana sy kongsi prkara2 ni dlam blog sy. Takpa, saudara teruskan hidup dlam dunia saudara sndiri. Klau awak rsa saya takda kesan, biarkan sy terus menulis.

      Hati dn minda saudara dh tertutup rapat, sy tak boleh buat apa. Sy cakap mcm mana pn saudara takkan terima, sbab hati memang dh terkunci rapat, sebab lama sngat didoktrin oleh agama saudara sndiri, dn saudara sndiri mematikan akal saudara apabila brdepan dgn agama. Mesej sy ni hnya utk mreka yang mampu brfikir dn menganalisa scara kritis dn terbuka, bg golongan2 ni, masih ada harapan.

      Delete
  17. Boleh saya tahu, sehingga sekarang telah kah anda memberitahu keluarga anda di Kelantan?

    Saya risau sekiranya anda mati kelak, anda akan dikebumikan di perkuburan Islam. Dan dimandikan jenazah sebagai muslim. Jadi saya rasa anda perlu segera memaklumkan kepada keluarga anda.

    ReplyDelete
  18. Kamu tidak mempercayai Allah dan Islam tapi perlukah kamu banyak menulis perkara perkara yang berkaitan islam. Kenapa tidak kamu tulis berkaitan kepercayaan lain yang percayai wujud tuhan. Why mesti Islam dijadikan wadah penulisan. Sedangkan bnyak lagi keperxayaan yang yakin tuhan ada. Jadikan tulisan kamu lebih terbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya cukup mudah. Slagi kerajaan tak bagi keizinan kepada orang Melayu yg ingin memilih agama slain Islam drpd brbuat demikian, dn juga slagi kerajaan terus menerus mngawal kehidupan org Islam dgn cara paksaan, slagi itu sy akan terus mengkritik Islam.

      Delete
    2. salah tu... patut kritik kerajaan la... ape pulak islam....

      Delete
    3. Kerajaan ikut ajaran Islam, yakni melarang orang keluar dari agama..

      Delete
    4. mesti puak2 PH yg kata semua agama tu satu ni kan.. patutla pun wkwkwkw

      Delete
  19. Replies
    1. sakit la tu dh gayanya siap buat blog bagai haha

      Delete
  20. Ramai anak Kelantan kembali bangkit dengan kesedaran yang selama ni diugut oleh penipuan bergenerasi ke genarasi. Sudah lah, sudah tiba masanya Kelantan hidup tanpa Allah, berbakti pada bumi dan santuni ibu pertiwi.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih sekurang kurangnya saya tahu ada juga orang yg seperti saya tapi saya sudah terlambat sudah berkahwin dan mempunyai beberapa cahaya mata.
    Setiap kali saya terpaksa berpura pura islam saya merasa amat bersalah. nak lepaskan isteri anak saya terlalu sayang biarlah rahsia ini disimpan sampai mati.
    Jadi bangkai pun tak apa sbb hati saya memang bukan islam.semua orang boleh paksa tapi tak semua kena terima. Islam adalah agama paksaan.
    Dilahirkan islam adalah satu hukuman. Tunggu mati je lah memisahkan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara, tinggalkan komen. Agak terkesan dengan komen saudara, tapi itulah hakikatnya..Kita lahir di dalam penjara..Yang mengarutnya, Islam di Malaysia ni ditentukan oleh IC, bukan oleh hati. Mereka buat Islam mereka sendiri nampaknya..

      Nak yakinkan isteri pun bukan mudah..Apa yg boleh dibuat pun, kongsi sedikit demi sedikit kekarutan agama ini, agar mudah-mudahan dia boleh nampak something wrong with the religion..Tapi saudara lebih kenal isteri saudara dan lebih tahu apakah dia boleh menjadi sedikit terbuka atau tidak.

      Delete
  22. kita org melayu, sepanjang sejarah kami sebagai bangsa, hanya gah dan perkasa oleh kerana kami sudi menerima arus perubahan, dari animisme, ke hindu-buddha, serta agama islam. itulah kelebihan kami, dan kinilah masa utk kami meninggalkan agama islam dan menerima arus SEKULARISME dan MODENISME. islam sudah tidak memberi manfaat kepada kami sebagai masyarakat kerana zaman perdagangan kami dengan ummat islam sudah lama berlalu. tahniah tuan, atas meninggalkan pembelengguan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kepada semua Melayu yang berani sedar untuk tinggalkan benda sia-sia seperti Islam ini.

      Delete
    2. Terima kasih tuan2 sekalian..tahniah kepada anda berdua juga

      Delete
    3. Bagaimana nak hubungi Encik Abu Yusuf di Facebook? Saya rasa tak seronok kalau dapat bercakap di blog saja. Kalau tak boleh beritahu lanjut tentang maklumat Facebook di sini, nanti saya letak e-mail, kita sambung bercakap melalui e-mail

      Delete
    4. boleh hubungi saya di rakyatmarhaen123@gmail.com

      Delete
    5. Baik, terima kasih saya ucapkan, nanti saya hubungi

      Delete
    6. Saya sudah hantar e-melnya tadi. Terima kasih sekali lagi, saya sangat hargai

      Delete
  23. Suka baca kebodohan encik abu yusuf ni.. Teruskan okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah ke? Awak tu yg bodoh sbb puja agama yg awak sndiri tak faham, sembah tuhan yg awak sndiri tak boleh buktikan, dan junjung kitab purba yg bercanggahan dgn akal yg sihat dn bahasanya pun awak sndiri tak faham. Awak faham ke kitab yg awak baca tu?

      Delete
  24. tak faham kenapa orang Melayu yg di lahirkn as a Muslim tak hargai langsung agama yg dijunjung... tapi sanggup ikut kesenangan dunia...dengan murtad... harap2 insan2 yg dah murtad kembali ke pangkal jalan sebelum... menjadi kayu api neraka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, kau faham tak, agama yg kau dilahirkan tu, tak smestinya betul. Islam tu cuma agama nenek moyang, nenek moyang yg tak tau apa2 tp trpedaya dgn ajaran nenek moyang diorang pula. Ia agama turun-temurun dr zaman kuno.

      Kau yg kena sedar, bukan aku. Sedar yg kau dh ditipu oleh ajaran kuno dari padang pasir. Klau kau nak yakinkan aku tentang Islam, bagi bukti kebenaran agama kau, tu saja. mudah.

      Delete
  25. Terbaik. Welcome to the murtadin club. Berbanggalah sebab anda adalah golongan tercerahkan. Semoga mampu memberikan pencerahan kepada insan lain juga.💪

    ReplyDelete
  26. kesiah si bodoh jd tukang hasut, xpe2 nti tunggu polis angkut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya anggap ugutan mcam ni sebagai satu tindakan pengecut..seolah2 bila dah takda hujah, bila berdoa pun tak jalan, terus report polis pula. Memalukan.

      Delete
    2. kamu brtawakal kepada Allah atau bertawakkal kepada polis?

      Delete
    3. Bantuan polis itu adalah usaha, tawakkal itu adalah berserah selepas itu. Aduu, awak ni usaha & tawakkal pun salah ....

      Delete
    4. Kenapa tak biarkan Allah sendiri yg ambil tindakan? Kenapa nak usaha utk panggil polis? Sy sedang kritik agama dan tuhan awak, jd klau tuhan awak marah, biar dia sendiri yg ambil tindakan. Polis bukan tuhan.

      Mana awak tau, mungkin tuhan awak tak kisah pun pasal saya, sama macam dia tak kisah pun pasal iblis dan syaitan yg dia sndiri cipta.

      Delete
  27. Macam mana nak refute Quranic accuracy on scientific evidences yang mustahil diketahui di zaman nabi dulu? Nak mention banyak tapi cukuplah term Al-Alaq dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quranic tak accurate apabila brcakap ttg sains. Sgt samar-samar, bahkan banyak yang jelas2 salah.

      Al-Alaq ni maksud kamu alaqah ke? Berkenaan embriologi?
      Sudah sy sentuh sbelum ni

      http://abu-yusufmalizi.blogspot.com/2016/04/embriologi-dalam-quran-kesilapan.html

      Delete
  28. Bapaknya Yusuf Dari Malaysia, betulke....betulke...betulke semua fikiran mu ni? Sebenarnya demo Dah gelecoh Dari rel. Ambo x reti bahasa akademik. Mungkin mu ore pandai, ambo kure pandai. Tapi kalau mu terus begini Dan mati, nayoo boh. Siksaan eternity yg mu benci Dan rasa zalim tu tetapi akan menimpa mu. Peduli apa mu suka atau tak.

    ReplyDelete

Post a Comment