Hukum Faraid dan kiraan yang bermasalah di dalam al-Qur'an

Hukum Fara'id disebutkan di dalam tiga tempat saja di dalam al-Qur'an, iaitu surah 4:11, 4:12 dan 4:176. Selain daripada ini ia disebutkan di dalam hadith, dan juga dibincangkan secara ekstensif oleh para ulama. Pun begitu, pembahagian yang diberikan al-Qur'an itu tidak terlepas dari masalah. Kiraan matematik dalam mengira pecahan harta pusaka yang diberikan al-Qur'an mempunyai masalah. 

Contoh, Surah 4:11 menyebutkan jika seorang lelaki meninggal, dan dia meninggalkan seorang isteri, ibu dan bapa, serta dua anak perempuan, maka pembahagiannya adalah seperti berikut:

Isteri - 1/8

Ayah - 1/6

Ibu - 1/6

Anak perempuan - 2/3

Totalnya akan menjadi : 1/8 + 1/6 +1/6 + 2/3 = 1.125!!

Yang bermakna ia sudah lebih daripada angka 1. Perkiraan ini jelas satu kesalahan. 

Masalah ini sebenarnya sudah lama disedari umat Islam, sejak dari zaman sahabat lagi selepas Muhammad meninggal mereka sudah berhadapan dengan masalah ini, dan mereka mendatangkan satu cara untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini dinamakan masalah "Aul". 

Aul ni dari segi bahasa maksudnya kecurangan, kezaliman dan melepasi batas. Kalau dari segi istilah, maksudnya kurangnya bahagian waris, maksudnya apabila menuruti formula al-Qur'an, dan didapati jumlah kiraan tidak masuk akal, maka timbullah masalah Aul.

Masalah Aul ini timbul pada zaman sahabat. Pada zaman khalifah Ali, yang disebut kes al-Mimbariyah, dia dibawa sebuah kes yang melibatkan contoh yang saya bagi di atas, sewaktu dia di atas mimbar (sebab tu dipanggil al-mimbariyah). Disebabkan total dah lebih dari satu (maksudnya kiraan pusaka yang diberi dah melebihi dari pusaka yang ada), maka Saidina Ali menukarkan pecahan pembahagian jadi seperti berikut di bawah. Ini dipanggil "Aul 24":

Gantikan semua bahagian di bawah menjadi angka yang sama (Gandaan sepunya terkecil):

Asalnya dari ini:

1/8 + 1/6 +1/6 + 2/3 = 1.125 (Formula bermasalah)

menjadi ini:

3/24 + 4/24 + 4/24 + 16/24 = 27/24 (1.125) (Masih bermasalah)

Tetapi, tukarkan angka 24 menjadi 27, maka masalah selesai:

3/27 + 4/27 +4/27 +16/27 = 27/27 (1)

Jadi masalah selesai dengan cara semua orang mendapat pecahan harta yang sedikit kurang, tetapi dirasai semua. Ini cara kiraan baru untuk membetulkan formula Qur'an yang bermasalah. Maksudnya pecahannya apabila dijumlahkan kini baru menjadi 1.

Untuk lebih faham, ada satu lagi insiden ketika zaman Umar al-Khattab, di mana ada kes yang dibawa kepadanya yang melibatkan seorang wanita yang meninggal dan mempunyai suami dan dua adik-beradik perempuan. Kalau ikut al-Qur'an, suami akan dapat 1/2 (jika tiada anak, surah 4:12) dan adik beradik perempuan dapat 2/3 (surah 4:176). Kalau dijumlahkan ia akan jadi 7/6. Ini satu masalah juga, yakni:

1/2  (suami) + 2/3 (adik-beradik perempuan) = 7/6 (Formula bermasalah)

Maksudnya, kalau nak bagi contoh, kalau ada harta bernilai RM1,000,000 

RM1,000,000 x 1/2 (suami)= RM 500,000

RM1,000,000 x 2/3 (adik-beradik perempuan)= RM 666,666.67

Ini dah melebihi 1 juta, sebab RM500,000 + RM666,666.67 = RM1,166,66.67 !!

Jadi bagaimana nak bahagikan? Jadi dengan cara "Aul 7", Umar menukarkan formula Qur’an yang salah di bawah:

1/2 + 2/3 = 7/6 (formula bermasalah)

Dapatkan gandaan sepunya terkecil untuk menjadi:

 3/6 + 4/6 = 7/6 (Masih bermasalah)

Tukarkan formula yang masih bermasalah di atas, untuk menjadi 3/7 + 4/7 = 7/7, maka selesai masalah. Lihat rajah di bawah:

Sumber: di sini

Jadi harta RM1,000,000 tadi dikira semula:

RM1,000,000 x 3/7 = RM428, 571.43

RM1,000,000 x 4/7 = RM571,428.57

RM428,571.43 + RM571,428.57 =RM1,000,000 (maka baru betul, cukup untuk diagihkan kepada kedua pihak, dengan mengubah formula al-Qur'an sedikit)

Selain masalah Aul yang dah diberikan iaitu Aul 7 dan Aul 24 di atas, ada lagi masalah Aul 6 yang lebih kurang sama seperti di atas. 

Masalah berpunca dari formula al-Qur'an

Kenapa al-Qur'an tidak memperincikan atau menyelesaikan masalah ini? Kenapa hanya memberikan formula yang jelas salah, dan mengharapkan orang lain untuk selesaikan masalah ini? Dalam hal ni, beberapa riwayat telah disandarkan kepada sahabat bahawa kononnya mereka sendiri telah berbincang sesama mereka sendiridan mereka yang mengubah sendiri formula faraid yang diberikan al-Qur'an untuk mendapatkan nilai yang tepat. Mereka sendiri yang adjust formula ini. Kenapa al-Qur'an sendiri tidak memberikan formula yang betul? 

Dan kenapa al-Qur'an tidak bagi cara penyelesaian terhadap masalah ini dari awal? Sukar untuk diterima seorang tuhan yang maha bijaksana boleh tersalah dalam memberikan formula matematik yang cukup mudah, dan tidak pula berminat untuk menjelaskan bagaimana kaedah untuk berdepan dengan kesalahan ini. 

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bukan islam boleh buat wasiat, sy pun patutnya boleh, tp dlam kes sy, tak boleh jugalah sebab di malaysia ni mustahil untuk buang perkataan “islam” dari dokumen diri. Kamu dah tak percaya pada islam pun, mati nanti tetap orang nak kebumi cara islam, dan harta pun diagih cara islam.

      Nampak tak betapa memaksanya agama ni? Betapa mencengkamnya agama ni ke atas kehidupan orang, smpai yg dh jelas2 tak percaya pun tetap dipaksa mnjadi sbhagian dr kelompok dia sampai bila2?

      Ok balik pd soalan asal.

      Kalau mati tanpa wasiat, ikut undang-undang negara, macam di malaysia ikut Akta Pembahagian 1958, yg mana kat situ dh dijelaskan pembahagian-pembahagian yang patut, dn formulanya tepat.

      Tak macam formula pecahan dalam Qur’an yang pengiraannya salah.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasiat tu boleh selesai bnyak masalah, dn lgpun yg si pemberi wasiat tu lbih tau psal kluarga dia dn mcm mna nak agihkan. Klau takda wasiat, barula ikut undang2 ngara, negara kita pun ada Akta pembahagian harta 1958 yg trpakai ke atas bukan islam, kan saya dh cakap kt atas. Kat situ pun dh disebut berapa yg perlu dibahagikan pd suami atau isteri atau anak2 dn ibu bapa dn sebagainya.

      Yg faraid ni pula, dahlah kiraan pun dah salah, lpas tu melebihkan lelaki tak kira apa smpaikan klau lelaki tu jenis tak tau urus harta dan kaki joli, dan prnpuan pula jenis pndai urus duit, tapi dapat juga ke lelaki tu smpai habis duit harta.

      Lpas tu faraid ni bg selesai masalah ke tak? Tak selesai pun, awak pun msti tau berapa billion harta tergantung dkat amanah raya. Awak cuba google, ada rm70 billion nilai harta tergantung harta orang islam malaysia sbab waris tak boleh selesai isu harta pusaka., wlaupun dh ada quran yg boleh bimbing.

      Kluarga sy sndiri pun ada bnyak harta yg masih tak selesai smpai sudah, last2 biar tergantung.

      Delete
    2. Wasiat banyak masalah. Undang2 pembahagian harta lagi banyak masalah. Faraid juga takkan menyelesaikan masalah kalau dibelakangnya ada manusia yang dengki dan tamak haloba. Hukum hakam itu sebagai panduan untuk diikuti. Sama jugalah solat/puasa/zakat, bukan semua orang patuhi. Yang lahir beriman kemudian jadi murtad pun ada, apa nak pelik. Adalah tujuan diciptakan syurga dan neraka.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya yg buat quran ni kononnya seorang yg maha bijaksana. Knapa tak fikir jauh skit dn bg pecahan yg betul skit untuk diaplikasikan ke atas keluarga yang berbagai macam?

      Ni bagi pecahan, orang pun ikut, lpas tu kiraan tak masuk akal, lepas tu nak buat apa? Tak pula dibagi apa pnyelesaian, lpas tu orang pandai2 sndiri tukar balik pecahan.

      Cara selesai masalah aul yg saya bagi kat atas tu cara ahli sunnah, cara syiah lain pula, sbb syiah tak tukar pecahan, dia ikut saja cuma ada tingkatan, maksudnya diutamakan pasangan, kmudian ayah dan ibu, kemudian baru anak. Kalau ada masalah aul, syiah akan ikut quran tanpa mngubah formula pecahan, cuma didahuluka siapa yg patut dapat, dn yg waris dlam peringkat terakhir tu akan mndapat sisa yg ada.

      Syiah tak berani tukar formula pecahan mcam yg dibuat ahli sunnah sbab mreka tak percaya Allah boleh buat silap dalam kiraan dan tak tergamak buat formula baru.

      Delete
    2. Awak nak rujuk pakar, silakanlah. Cuba tnya ustaz2 awak tgok apa mreka kata.

      Delete
    3. Lagi satu, yg lucunya, ayat quran tentang faraid ni ada tiga sja, tak banyak pun. Dengan ayat yg sikit ni, bila kita ambil formula yg dibagi dekat dalam ayat ni, tu pun tak boleh dapat angka satu.

      Bukannya rumit mana pun, memang bnyak orang yg mninggal akan tinggalkan isteri/suami, anak2 dn ibu bapa. Ni bukan kes unik, ramai sja yg mninggalkan waris dalam bentuk macam ni, itupun qur’an tak boleh bagi kiraan yang tepat dan masuk akal.

      Delete
    4. Lucu tak lucu, itu awak punya pandangan sebagai orang yg murtad. Ikutilah apa yang awak rasa betul.

      Delete
  4. Selamat Sejahtera Saudara Yusuf. Sy agak blur tentang topic ini. Sy ucap Terima kaseh krn menyedarkan sy dgn Fakta fakta yg jelas. Yes pengiraan Pak Arab ni memang sy nmpk Bermasalah dan tidak adil tapi para Ulamak ber-Phd pon tak boleh nampak cuma ikut ketakutan. Sad and All wasted Institution. Trm Ksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera bro zeimre. Tulah masalah dia, msalah yg timbul diorang tak nmpak, dan tak nak nampak pun. Cara kira tak adil apa smua, diorang biarkan sj.

      Tp yg salah kiraan ni apa cerita, kan? Benda asas mcm ni pun diorg boleh buat tak tau.

      Delete
  5. Selamat Sejahtera Saudara Yusof. Betul. Sy sudah muak dgn Lakonan Puak2 konon Ulamak ini.

    Izinkan sy tulis sedikit gambaran sejarah...maaf jika ia lari dari tajuk.
    Akar Umbi Tamadun Barat terletak kpd Agama Israel, Budaya Greece, dan Peraturan2 Rom dan terus berkembang tetapi Musnah dlm seribu cara dlm tempoh masa 2 millenia setelah kematian Christ.

    Samada berkembang kedaerah baru atau berpindah ke bandar2, Tamadunn Barat Terus menerus Mengkaji(experiment) dgn INSTITIUSI baru, Undang2 & peraturan baru, politik baru, Kepercayaan Saintifik dan pendekatan baru dlm Arts.

    Dan Tradisi "Experiment" ini BERKEMBANG mengikut masa dgn. KEJAYAAN2, wujud Demokrasi dan to forms of SOCIAL ORDER in which FREE OPINION and "FREEDOM OF RELIGION" are GUARANTEED by the STATE.

    # Mengapa perkara saperti diatas tidak berlaku dlm Dunia Islam ?

    # Mengapa Tamadun ini yg pernah Tumbuh dgn byk Tenaga pada 7th Century yg berjaya merebak sehingga Afrika Utara dan Timur Tengah dgn pembangunan Bandar2, Universiti2, Libraries, dan Budaya2 yg Segar, telah MENINGGALKAN " Permanent Mark" kpd Dunia dgn Keganasan, Kegeraman & Kesalan ??

    Trm ksh.

    ReplyDelete
  6. Salam Saudari,
    Pembahagian harta faraid bukan untuk dapatkan total 1. Tetapi lebih kepada portioan2 yang telah ditetapkan oleh tuhan.

    Sebab tu ada balance untuk Baitulmal dan Asbahah.

    Sila belajar lagi kalau bodoh,bukan jadi bodoh sesatkan orang.lain.Hahaha.

    Kata ambil khursus kewangan Islam,tetapi kerja jadi penyelia. Pelik2 je kau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rmai je org yg lari bidang, mmg blajar kewangan islam pun. Lgpun pnyelia tu kerja lama, dh lama tak update dh, skarang kerja lain pula.

      Habis tu klau bukan total 1, nak total berapa? Nak buat apa bila total tu dah lebih daripada satu? Mcam mana nak selesaikan? Dlm sesetengah kes ada la balance, tp dalam banyak kes, dia bukan je takda balance tapi pbahagian lebih daripada yg patut.

      Tngok cara kau tulis, kau tu yg bodoh. Jd tak payah la nak judge org sngat.

      Delete
    2. Kalau tak boleh nak pertahankan quran kau btul2, ak cdang kau tak payah la tulis dkat sini. Dr dulu smpai ke sudah, nmpak dr komen kau yg kau ni sbnarnya cetek ilmu dn singkat akal. Cara kau brfikir trlalu simplistik.

      Sbnarnya org mcm kau ni takkan tinggalkan agama nenek moyang, tak kirala agama apa pun. Kalau kau lahir dlam kluarga sikh, smpai mati kau akan dlam agama sikh walaupun kpeecayaan agama kau dicabar brkali2, dn kelemahan agama kau disebut satu prsatu. Slagi kau tak brsedia nak brfikir scara kritis, dn persoalkan apa yg patut, smpai bila2 pn pmikiran kau tahap tu je

      Delete
  7. Modus operandi macam ni dah banyak dekat Indon wei.
    Menyamar jadi Atheis padahal pendeta jadian dan sesat. Hahaha.
    Banyak je komen aku yang ko kalah. Bosan weh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah ke, x prasan pulak. Yg ak prasan kau je yg x blh jawab dh. Tp xpela tak blh jawab pun, yg pnting truskan mncari. Kita menang bukan sbab smata2 nk menang, tp sbb nk cari kbenaran. Ak dh bgtau kau knapa islam ni rekaan je, trpulanglah kau nak trima ke tak.

      Klau hati kau mmg dh trtutup rapat, mmg ak tak blh buat apa dah, ckap mcam mana pun kau takkan terima atau faham. Dlam istilah kau, kau “takda hidayah”. Org mcm kau ni tak brminat pn nak cari kbenaran tp lbih kpada tegakkan benang basah, dan takkan brenti prtahankan ajaran nenek moyang, walaupun nenek moyang kau hidup dalam kejahilan.

      Delete
  8. Cuba bagi Atheis punya pembahagian harta macam mana atau pun pembahagian harta dakam Kristian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ateis ni bukannya agama, mana ada pmbahagian cara ateis. Yang ada pmbahagian sivil brdasarkan undang2 negara. Malaysia ni pun ada pmbahagian harta ikut udg2 sivil. Lebih kemas dan tepat klau nak banding dgn pngiraan quran yg salah tu

      Delete
  9. Tolak hutang dulu ...pastu baki bagi dua dimana suami dapat separuh...dan separuh lagi bermaksud dibahagi dibahagi 3..2 bahagian dibahagi Samarata adik perempuan dan bakinya sila ke baitulmal atau bagi pada sesiapa yang simati nak bagi...dalam Islam kena wasiat awal awal...ini makna suami lebih penting dari adik beradik(kedudukan) dan masing masing ada bahagian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni untuk kes yang mana? Cuba jawab dulu kes pertama kat atas, contoh kalau suami meninggal, dan mninggalkan isteri, ibu dan bapa dan dua anak perempuan. Mcam mana nak bahagi klau ikut quran?

      Kpala hotak kau kena wasiat, habis apa guna faraid klau kena wasiat awal2? Jawab dulu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Admin dia xmau cerita asbabul nuzul 4:11
    tu.

    Daripada Jabir"Telah datang isteri Sa'ad bin Al-Rabi kepada Rasullullah (dengan membawa dua anak perempuan kecil) sambil mengadu kepada beliau: Wahai Rasullullah!2 orang perempuan ini ialah anak2 Sa'ad bin Al-Rabi,Dan bapa mereka telah berjuang bersamamu dan Shahid Dalam pertempuran Uhud.Kini bapa saudara mereka (adik beradik Sa'ad)telah mengambil semua harta peninggalannya,sehingga mereka berdua tidak mempunyai apa-apa bahagian dan sudah tentu mereka berdua tidak mempunyai apa-apa bahagian dan sudah tentu mereka tidak dapat berkahwin tanpa harta.Maka Baginda menjawab Allah Akan memutuskan perkara ini.Kemudian turunlah ayat Faraid
    Sehubungan dengan itu Baginda mengirimkan utusan dan memberitahu saudara lelaki Sa'ad:berikan kepada kepada kedua dua anak perempuan Sa'ad 2/3,dan ibu mereka 1/8 dan bakinya untukmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadith tu tak ckap berkenaan ayah dan mak Sa'ad. Kenapa? Kalau ayah dan mak Sa'ad masih hidup, cuba kira pecahan dia berapa

      Isteri - 1/8

      Ayah - 1/6

      Ibu - 1/6

      Anak perempuan - 2/3

      Totalnya akan menjadi : 1/8 + 1/6 +1/6 + 2/3 = 1.125!!

      Itulah masalah dia!! Jadi komen kau ni tak menjawab apa2 persoalan, kau cuma balik ke masalah asal.

      Delete
    2. Tapi untuk kes Sa'ad tu Ayat Alquran kalau refer hadith Tu Alquran xsilap.Yang mandai-mandai reka keadaan dan kata silap tu kau.
      Kalau kes yg kau reka Tu solusinya pakai la Aul /Kaul
      Tukar la 24 jadi 27
      Isteri 3/27
      Bapa 4/27
      Ibu 4/27
      2 anak perempuan 16/27

      Delete
    3. Kau letak tepi la kes sa'ad tu, sebab bukan semua orang sama macam sa'ad. Aku tengah cakap pasal kes macam kes al-mimbariyah dekat atas tu. Mak bapak masih hidup, tapi si anu dah mati, tapi si anu ada anak perempuan dan isteri.

      Kalau ikut pecahan al-Qur'an, masalah matematik akan timbul.

      Penyelesaian Aul tu sahabat Muhammad yg reka, untuk selesaikan masalah nila. Qur'an sendiri senyap dan tak bagi pnyelesaian, sebab tu kawan2 Muhammad yg kena berkumpul, mesyuarat dan akhirnya reka pnyelesaian untuk selamatkan qur'an

      Delete
    4. Kau ni faham bahasa melayu ke tak. Qur'an kau tu bermasalah, bukan aku yg reka, memang formula qur'an tu yg problem. Solusi aul tu bukan qur'an yg bagi, tapi sahabat yg reka utk betulkan keadaan.

      Delete
    5. Aku punya soalan, kenapa qur'an salah formula matematik? Dan kenapa Qur'an sendiri tak bagi penyelesaian untuk masalah aul ni?

      Delete

Post a Comment