Kenapa Allah mencipta negara Israel? Apa hikmahnya?



Dalam pada masyarakat Muslim berdoa kepada Allah supaya Israel dihapuskan dan Palestin diberikan kemenangan, kita mungkin terlepas pandang bahawa Allah lah yang bertanggungjawab menubuhkan negara Yahudi itu, dan doa-doa kalian adalah sia-sia belaka!


Soalan ini saya tujukan kepada masyarakat Muslim sekalian, kenapa Allah cipta Israel, apa hikmahnya?

Ya, saya kata Allah yang cipta, kerana jika tanpa izinnya, dan kalau bukan disebabkan takdirnya, negara Israel tidak mungkin wujud. Kalau Allah mahu, sudah pasti Israel tidak mungkin dapat didirikan 66 tahun yang lalu, tetapi Allah sengaja membantu masyarakat Yahudi Zionis menubuhkan negara haram tersebut, dan Allah lah yang memelihara negara itu sehingga sekarang.

Lima perang tercetus antara negara-negara Arab dan negara Zionis itu dari tahun 1948 hingga 1982, tetapi dalam kesemua perang tersebut, Israel mencapai kemenangan demi kemenangan. Perang 1948 yang bertujuan untuk menghapuskan negara Israel pada hari pertama ia diisytiharkan, menemui kegagalan. Malaikat-malaikat yang dikhabarkan telah membantu umat Islam pada Perang Badar untuk menentang kaum Arab Musyrikin, tidak pula muncul pada kali ini, entah mengapa. Mungkinkah cerita pertolongan malaikat itu cuma fiktif belaka?

Selepas kekalahan demi kekalahan yang dialami, negara-negara Arab sudah tidak lagi berani untuk mengangkat senjata menentang Israel. Sering disebut, bagaimana hendak menang, kalau kuasa besar USA di sebalik tentera Israel. Ada benarnya, tapi mereka tidak tahu bahawa USA hanya mula membantu Israel selepas perang 1967, dan tidak sebelum itu. Pada 1948, Israel berperang bersendirian tanpa bantuan USA dan mereka tetap menang, menang besar.

Dan mengambil kira pula yang Allah sepatutnya bersama orang Islam, apakah USA itu lebih kuat daripada Allah? Itu saja kesimpulan yang boleh saya buat dari kenyataan "USA backup Israel, itulah sebab dia boleh menang saja", kenyataan yang secara tidak langsung membawa maksud "USA lebih kuat daripada Allah".

66 tahun berlalu, puas sudah umat Islam seluruh dunia berdoa supaya Israel dihapuskan dan supaya rakyat Palestin mencapai kemenangan. Dari tok syeikh tok syeikh sehinggalah muslim yang tidak kuat amal ibadahnya, terkumat-kamit mulut, berdoa dan menghabiskan air liur memohon supaya Allah membantu Palestin mengalahkan Israel. Apakah hasilnya? Tiada hasil, Allah masih membisu, masih berkeras dan enggan menghapuskan projek negara Yahudinya itu. Ibarat berdoa kepada sebuah berhala, tiada tindak balas, kaku seiring bergulirnya waktu.

Ya, projek, bahkan "pet project". Sedar atau tidak, negara haram Zionis itu adalah pet project Allah yang membantu orang Yahudi menubuhkannya. Apakah ini suatu penghinaan terhadap Allah? Tidak, kerana apakah mungkin orang Yahudi mampu menubuhkan negara Israel dan mempertahankannya terhadap serangan umat Islam berkali-kali sehingga kekal makmur hingga hari ini, kalau tanpa bantuan dan ketentuan ilahi? Kalau anda jawab ya, maka jatuh kufurlah anda kerana mengatakan Yahudi lebih berkuasa daripada Allah.

Penubuhan negara Israel itu merupakan ketentuan Allah sejak azali lagi.

Sering kedengaran suara-suara Muslim yang mengkritik kerajaan-kerajaan Arab di sekeliling Israel, yang enggan menghantar tentera mereka pada masa kini. Mereka dipersalahkan kerana terus membisu dan hanya melihat. Tetapi apakah mereka terlupa, yang lebih patut dipersalahkan adalah Allah, bukan kerajaan-kerajaan Arab itu? Tidakkah mereka tahu yang negara-negara Arab sudah penat berjuang dalam lima peperangan dan kesemuanya menghadapi hasil yang sama, kegagalan untuk menghapuskan Israel, kerana Allah tidak membantu?

Kalau kerajaan Arab itu yang hanya melihat dan tidak menghantar tentera mereka dipanggil pembelot dan dayus, apa pula label yang patut diberikan kepada Allah yang turut sama hanya melihat dan tidak menolong menghapuskan Israel? Apakah cerita burung Ababil yang dihantar untuk menentang musuh Islam itu hanya sekadar cerita sahaja, dan tidak mampu diulangi lagi oleh Allah pada masa kini untuk dilihat kita semua?

Oh ya lah, kenapa perlu menghantar burung Ababil, bukankah negara Israel itu projek rekayasa Allah sendiri?

Ada yang menjawab, Israel itu kan sudah di jangkakan penubuhannya, sebagai tanda akhir zaman, sebab Nabi sudah pun menyebut di dalam sebuah hadith sahih yang umat Islam akan berperang dengan Yahudi sebelum peristiwa Kiamat. Ini sebenarnya sebuah jawapan yang tidak membawa makna apa-apa. Pertama sekali, so what kalau Nabi ada meramalkan, persoalan asal dia adalah, kenapa Allah menyokong Israel? Kedua, ia menunjukkan Allah ini sebenarnya seorang yang selfish, pentingkan diri sendiri. Dia yang kata perlunya orang Islam berperang dengan Yahudi sebelum Kiamat berlaku, tapi kenapa? Kenapa ia perlu berakhir begini, dengan Palestin dirampas dahulu, kemudian baru umat Islam menyembelih orang Yahudi. Kenapa Allah begitu suka melihat peperangan berlaku dengan menentukan supaya Israel perlu wujud? Apa dia ingat ini semua permainan ke?

Untuk makluman, hadith itu tidak menyebut tentang penubuhan negara Israel, hanya menyebut yang umat Islam akan menyembelih umat Yahudi, jadi ia bukannya ramalan yang jelas pun.

Seperti yang saya tulis sebelumnya dalam artikel lain, Allah ini ibarat kanak-kanak kecil, yang hanya mementingkan diri sendiri, gemar melihat orang lain terseksa untuk mendapatkan apa yang dia mahu, dalam kes ini, umat Islam bangkit membunuh orang Yahudi yang Allah sendiri bantu untuk menubuhkan sebuah negara haram, supaya semuanya saling berbunuhan manakala Allah cuma duduk di atas Arasy-nya sambil tersenyum melihat semua ini.

Sebenarnya, dalam hal Palestin ini, saya tidak nampak apa-apa hikmah dan kehebatan Allah. Bahkan isu Palestin inilah yang menyebabkan saya sangsi terhadap kewujudan Allah dan kebenaran Islam suatu ketika dahulu. Apa yang saya cuma nampak, dan apa yang kita semua boleh nampak, hanyalah Allah terus-menerus membantu Israel, bahkan dialah yang menubuhkan negara Israel. Menyalahkan negara-negara Arab kerana tidak membantu adalah tindakan yang kurang tepat, yang lebih tepat adalah menyalahkan Allah sendiri kerana sangat keras kepala hingga enggan berbuat apa-apa.

Manusia adalah manusia, lemah dan kadang-kadang tidak bertanggungjawab, jadi memang dijangkalah ada yang tidak ingin membantu orang lain. Tapi Allah...?

Ada yang kata ini semua ujian darinya. Ujian? Kalau ujian biarkanlah saja mereka diuji, kenapa kita perlu masuk campur untuk membantu kalau begitu? Kenapa perlu kita "menghentikan" ujian ini, biarkan sajalah mereka terus ditindas rejim Zionis tersebut. Alasan ujian yang diberikan adalah alasan yang tidak membawa makna apa-apa, cuma memburukkan lagi imej Allah.

Apa yang lebih penting sebenarnya adalah untuk kita berbuat apa yang dalam kapasiti kita untuk membantu Palestin, kita sendiri. Kalaulah masih juga ingin diharapkan kepada Allah, pengharapan kepada Allah ini adalah sesuatu yang sia-sia kerana dia memang tiada niat untuk membantu, kalau bukan pet project pun, lihatlah betapa banyak air liur yang telah dibazirkan, oleh jutaan umat Islam seluruh dunia selama 66 tahun, tiada apa yang berubah. Ini kalau dianggap dia wujudlah.

Doa-doa ini disertai dengan usaha yakni pengangkatan senjata oleh negara-negara Arab dan oleh masyarakat Palestin sendiri untuk menghapuskan Israel, tapi Allah membelot dan meninggalkan umat Islam serta menyebelahi tentera Zionis.

Sebenarnya, kalau Allah itu baik, dia akan membantu Palestin walau tiada satupun orang yang berdoa. Itu kalau dia betul-betul seorang yang baik hatilah. Mengambil berat tentang kesengsaraan manusia.

Jadi pendekatan yang lebih rasional adalah menyelesaikan isu ini sendiri. Hanya kita manusia yang boleh diharapkan untuk melakukan perubahan, bukan sebuah entiti di "luar sana". Kita sendiri yang perlu berusaha dan bekerja keras untuk membebaskan Palestin. Kalau entiti yang mempunyai nama Arab dan fasih berbahasa Arab itu wujud, dialah sebenarnya yang bertanggungjawab di atas penubuhan negara haram Israel ini, dan kalau begitu, memang dia seorang yang zalim dan keji.

Comments

  1. subhanaAllah semoga Allah memberi hidayah kepada tuan empunya blog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saudara/i ada apa2 komen brkenaan tulisan di atas tak? Setuju atau tidak yg allah yg brtanggungjawab mencipta dn mmpertahankan israel dr serangan umat islam?

      Delete
    2. Saudara mementingkan urusan dunia dari urusan akhirat. Saya boleh klasifikasikan bahawa saudara sudah tiada jalan utk berfikir Dan diketegorikan orang yang tidak sabar atas dugaan.
      Mahkluk Dan spesis mcm saudara umpama rugi bising, untung diam.
      Semoga Allah memberi pengajaran pada saudara.

      Delete
    3. Tuan, kalau ada jwapan balas, sila kongsi di sini. Sekadar mnuduh dn melabel sy bgini ibarat tiada hujah sudah..

      Saya tnya saudara/i, stuju atau tidak bhawa allah mengizinkan israel terus kuat dan makmur, dn sntiasa mmberi kmenangan kpd israel utk membantai org palestin, yg mmbawa maksud allah bersubahat dn berkomplot dengan negara zionis itu?

      Delete
    4. Tuan kata semoga allah beri pngajaran, soalan sy, pngajaran apa? Allah tuan yg spatutnya diajar konsep berlaku adil dn belas ihsan. Allah tuan yg membantu zionis, dn Allah tuan yg mninggalkan perjuangan palestin. Jd yg patut diberi pngajaran ialah tuhan tuan, bukan sy.

      Ini klau nak anggap yg allah tu wujudlah ya

      Delete
  2. Kenyataan saudara sudah berpesong jauh Dr kenyataan sebenar. Kita hidup di dunia bukan untuk selamanya. Dan untuk tinggal di Syurga Allah bukan masuk shopping kompleks... Mesti hamba yang terpilih.. . So renung2 kan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/i, Allah saudara yg mmberi izin kpada israel utk selama ini membantai dn mngalahkan palestin, ini bermaksud Allah sndiri brtanggungjawab membantu projek zionis selama ini.

      Bahkan, klau mngikur konsep takdir, kita boleh cakap Allah la yg menentukan supaya israe terbentuk, dan israel mengalahkan negara2 islam termasuk me jajah palestin.

      Dr mana2 sudut pun, akhirnya ksimpulannnya Allah lah yg bertanggungjawab membantu zionis

      Delete
  3. Firman Allah: UNTUK SEMPURNAKAN JANJI-KU UNTUK ISI DI DALAM NERAKA ITU DENGAN JIN DAN JUGA MANUSIA"..

    Yes, correct bro!!meme'.. memang Allah nk isi dlm neraka semua manusia dan jin dlm neraka itu.. created for destroy!! Tapi, ada tapinya,. KECUALI ORANG2 YANG BERTAUBAT (TIDAK MENGAKU SUCI), BERIMAN (PERCAYA ALQURAN) DAN BERAMAL SOLEH (AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR)

    Motifnya: nak yg benar2 trust, yakin, percaya KALAM-NYA.. "YANG MENGAJAR DENGAN PERANTARAAN KALAM-NYA" ..

    kerana telah diberitahu, betapa ramai yg ragu2 akan alQuran kerana MEREKA ITU SEBENARNYA TIDAK MENGETAHUI ISI KITAB DAN HANYA BERSANGKA-SANGKA; SEDANGKAN SANGKAAN ITU TIDAK DAPAT MEMENUHI DARI SESUATU IKTIKOD ATAU KEYAKINAN; Dan tiadalah yang keluar dari lidah mereka melainkan DUSTA semata-mata"..

    "Maka takutlah kamu kepada Allah dan jauhi Toghut' iaitu pemikiran kamu sendiri (hawanafsu) ... Tapi BUKTI DARI PIHAK TUHAN...

    Kamu memandai2 jerr.. Illalazi'fatharoni'fa-in'nahu-sayahdeen

    Kunnu khirodatan khorsyeeen

    #callmezorro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg bersangka-sangka? Yg org bukan Islam pun yakin dan beriktiqod juga. Yg agama buddha yakin agamanya betul, yg kristian pun yakin agamanya betul. Dari pandangan orang lain, orang Islam yang bersangka-sangka.

      Tengok cermin dulu sbelum bercakap. Fahamkan yg org lain pn yakin ttg agama mreka spertimana kamu ni yakin. Tp tula, ia hanya kpercayaan sja, tidak boleh dibuktikan, dn quran sndiri gagal mmbuktikan Islam disebabkan kpincangan dan kesalahan yg ada dlam buku itu.

      Created for destroy? Memang Allah kamu ni takda kerja lain ke selain nak seksa orang selama-lamanya? Memang dia sakit jiwa ke? Awak suka tak tengok orang kena seksa selama 24 jam tanpa henti? Takkan? Ini awak nak kata tuhan awak suka lihat orang diseksa selama berbillion tahun tanpa henti?

      Maksudnya tuhan awak pun takda langsung sifat perikemanusiaan. Oh yalah, dia bukan manusia pun kan. dia lagi teruk dari manusia. Dia tidak ada sifat empati langsung.

      Delete
  4. Tanpa bukti dari pihak Tuhan iaitu alQuran yang menerangi;

    DAN KALAU KAMI JADIKAN ALQURAN ITU BERUPA DIATAS KERTAS LALU MEREKA DAPAT MEMEGANG DENGAN TANGAN MEREKA SENDIRI; NESCAYA ORANG-ORANG YANG ENGKAR KAFIR ITU AKAN BERKATA: "KAMU YANG MEREKA-REKA NYA"... Allah dh bagi jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak faham apa maksud ayat kitab awak ni. Awak nak kongsi maksudnya?

      Delete
  5. bodoh . buat blog tak guna , xpercaya xpyh la reka2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh. Kalau takda benda elok atau ilmiah yg nak dikongsi, tak pyahlah komen

      Delete
  6. Ye mmg Allah yg izinkan semua terjadi kerana Allah nak uji hamba-hambaNya, sesuai dgn keimanan hambaNya. Namun, Allah takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya. Jd jika seseorang tu diseksa dan diuji berkali-kali pun takkn lebih dr yg dia mampu dan ujian berkali-kali tu tak lain utk meningkatkn darjat hambaNya. Ada org diuji berat tp masih tenang, ada org diuji sikit dah tuduh Allah macam-macam. Tak sedar nikmat Allah bg lg byk, bila ditarik sikit mula nk salahkan Allah. Iman org berbeza dan ada turun naiknya. Kamu teruskan mencari kesalahan dlm Al-Quran, kerana dlm pencarian itu kelak kamu akn bertemu kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul ke Allah takkan uji lebih dari kmampuan? Apa maksud lbih dr kemampuan? Terseksa smpai mati, terseksa smpai jadi gila, ini smua bukan lebih dari kemampuan ke?

      Klau dah cedera parah, kehilangan ahli kluarga smpai jadi gila, atau mati akibat kecederaan, itu dah sah-sah lebih dari kemampuan. Jd usahlah tertipu dgn slogan "tuhan takkan uji lebih dari kemampuan tu".

      Kamu tak kena lagi, senanglah cakap.

      Delete
    2. Siapa kata sy tak pernah kena?😊 Dan sy pernah menjadi seorang yg byk tanya dan byk bersangka2 lebih dari anda pun. i dont know how old are you now.

      Delete
    3. kalau mereka tak mampu kenapa mereka tak tinggalkn negara yg boleh dibom bila-bila masa, yg merampas pun tau lari ke airport bila dibom. kenapa mereka x lari bila diarahkan utk kosongkan tempat. kenapa kami masih rela tinggal di sini?

      Delete
    4. "kalau mereka tak mampu kenapa mereka tak tinggalkn negara yg boleh dibom bila-bila masa, yg merampas pun tau lari ke airport bila dibom. kenapa mereka x lari bila diarahkan utk kosongkan tempat. kenapa kami masih rela tinggal di sini?'

      Pertama, sebab pintu sempadan ditutup. Kedua, Hamas sendiri larang orang2 Palestin lari, dan suruh mereka tetap di rumah mereka. Ketiga, masa trlalu singkat, dan klau lari ke selatan pun, masih risiko dibom. Gaza ni bukannya besar sngat.

      Apa yg kamu ckap ni, krisis Israel ni brmula pd tahun 1948, dn masa tu 750,000 orang Palestin lari. Diorg dah biasa lari ni, klau boleh lari, diorg akan lari.

      Delete
    5. "Siapa kata sy tak pernah kena?😊 Dan sy pernah menjadi seorang yg byk tanya dan byk bersangka2 lebih dari anda pun. i dont know how old are you now."

      Bagus kamu bnyak brtanya. Silakan baca tulisan2 sy yg lain juga. Truskan brtanya, jgn trlalu tunduk pd golongan agamawan yg ingin memandulkan pmikiran masyarakat.

      Delete
    6. sy tertarik dgn ayat tuan kalau mereka boleh lari mereka akn lari. tak semua mcm tuan yg akn lari, ada saja yg pergi negara lain, tp keluarga tersayang masih mahu di sana. tak percaya ke?🥲

      Delete
    7. Yg nak lari, akan lari. yang nak stay, akan stay lah.

      Jd apa poin awak ni

      Delete
    8. So yg nk lari dia larilah, mungkin dia hijrah ke negara tuan. yg stay sb dia mampu utk hadap ujian tu. Allah paksa ke mereka utk lari atau stay?

      Delete
    9. Point sbrnya kau ni memang bodoh. Stupid wal malpuk. Bagus kau pergi bunuh diri sbb kau malukan agama kau menyamar jadi bekas muslim. Pergi jahanam kau. Laknat kau sama mcm yahudi celaka yang baru berkuasa 75 tahun di bumi palestin, dah rasa tuhan menyebelahi mereka. Bodoh x belajar sejarah. X faham sejarah. Kau igt yahudi iktiraf kah kau? Bagi yahudi semua kita goyim termasuk kau yg menyebelahi mereka pun goyim 'binatang' bodoh.

      Delete
  7. Sebagai seorg muslim WAJIB utk bantu muslim lain yg dlm kesusahan. Ini ada hadis sahih. Ujian org lain adalah ujian buat kita juga, even kalau kita kaya dan org lain miskin sekalipun, kekayaan kita itu dah jd ujian buat kita sb Allah nk tgok apa tindakan kita yg kaya ni pd yg miskin. bahkan ujian kaya itu boleh jd lebih susah! begitulah juga bila umat Islam lain diseksa tetapi kita tidak, apa tindakan kita akn dipersoal atas tindak tanduk kita dindunia ni kelak. apa tindakan kita bila Islam ditindas. yg diuji dan lalu dgn sabar lalu syahid tentunya syurga buat mereka, dan kita? masih fikir dunia ni syurga? bebas buat apa saja tanpa ada balasan. kalau mcmtu hari-hari i boleh bunuh org sis. tp kenapa i x buat even i tahu kalau Allah izinkan ianya boleh jd. Sb IMAN. even iman i ni senipis kulit bawang. Maaf zahir dan batin. Hace a nice day.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. "sb Allah nk tgok apa tindakan kita"

      Tp bukan ke Allah dah tau apa tindakan kita, nak tngok apa lagi?

      "apa tindakan kita bila Islam ditindas. yg diuji dan lalu dgn sabar lalu syahid tentunya syurga buat mereka, dan kita?"

      Sy nk tnya balik, apa tindakan Allah? Kita hnya mampu buat apa yg kita mampu buat, nak hntar tentera tak blh, nanti negara sndiri dihancurkan jd padang jarak pdang terkukur, hnya mampu hantar duit, tp itu tak selesaikan msalah, sbb Palestin masih dijajah.

      Jd sy nak tau, yg paling mampu buat sesuatu ialah Allah, tp knapa dia tak buat apa2? Dn klau kamu kata mreka syahid masuk syurga, biarkanlah mreka syahid masuk syurga. Klau dibantu mreka, kita sdang mnutup pintu syurga buat mereka. Knapa kamu nak tutup pintu syurga?

      Kamu nmpak tidak, trlalu bnyak masalah dgn doktrin kepercayaan kamu

      Delete
    2. Tuan yg dihormati, sblm tny kenapa Allah x buat apa2 utk mereka yg dizalimi, kenapa u x terus tny je kenapa Allah cipta neraka? kalau u x percaya Allah, ok so siapa cipta neraka? ok, kalau u x percaya neraka apa yg u percaya lps u mati ni u akn buat apa? pergi mana? andai kjp lg tuan mati, abis kt situ je ke perjalanan hidup tuan? kalau mcmtu rugilah kalau tuan x buat jahat hari2 masa hidup.😈 kenapa Allah cipta manusia boleh memilih nk taat atau ingkar pd Dia, kenapa Allah cipta malaikat yg xde pilihan melainkan kena taat saja dgn tugas yg Allah beri pd para malaikat?




      Delete
    3. Jika dia sorg mati syahid, kita x bantu, dia sorg masuk syurga. kalau kita bantu dia dan dia hidup, even x mati syahid tp kami dua2 masuk syurga. simple maths. jalan utk dptkn syahid tu bkn mati dlm peperangan semata. boleh bykkn membaca. sy percaya ramai yg nk mati syshid. tak tahula tuan pula pilih utk mati mcm mana.😊

      Delete
    4. "andai kjp lg tuan mati, abis kt situ je ke perjalanan hidup tuan? kalau mcmtu rugilah kalau tuan x buat jahat hari2 masa hidup."

      Knapa nk buat jahat? Knapa awak prlu agama beritahu awak "bunuh tu salah", "mencuri tu salah" utk tahu bahawa bnda2 ni salah? Klau sy buat satu agama baru, dn kata pd awak tuhan sebenar bernama Ometecuhtli, dan Ometecuhtli kata "Ometecuhtli tuhan sebenar, dan dia beritahu sy semalam bahawa membunuh itu salah", adakah awak masih akan sembah Ometecuhtli?

      Klau awak kata awak prlukan dongeng utk halang awak buat bnda jahat, itu brmaksud awak ada masalah jiwa, dan awak ni memang jahat, dn ada masalah didikan.

      Ya prjalanan hidup kita habis slepas mati. Klau awak kata ada neraka syurga apa smua ni, mudah saja. Buktikan!

      Delete
    5. " kalau kita bantu dia dan dia hidup, even x mati syahid tp kami dua2 masuk syurga."

      Siapa yg ckap..mngikut kpercayaan awak, tiada siapa dijamin syurga pun. Elok2 org tu nak mati syahid, awak pg bagi dia hidup pula, tarik dia drpd pluang masuk syurga. Nnt dia buat dosa apa ntah, tinggal smbahyang ke, masuk neraka pula. Awaklah punca

      Delete
    6. sy byk bertanya, byk argue org2 'pandai' dr pelbagai agama , byk soalan sy yg buat org give up. dan apa yg pasti andai mati dlm Islam (kena tahu apa tu Islam) walau sekelumit iman akn diganjarkan syurga akhirnya.

      Delete
    7. Nak buktikan syurga dan neraka.😊 soalan2 tuan ni sy pernah tny. sy rasa bykkkk lg persoalan tuan yg sama. tp utk menjawab di ruangan ni agak terhad. sy pun bkn la seorg agamawan. bahkan syg seorg yg byk tny kenapa mengapa bagaimana why not, whyyy cannot, sampai org give up. tp bezanya dgn tuan, sy seorg muslim.😊

      Delete
    8. Kalau tuan buat agama baru, org yg tak mencari Tuhan dan x belajar je akn ikut buta2.kalau dia ikut agama tuan, dan dia belajar agama tuan, dia mencari dam mengenal 'Tuhan'.. dia pasti jumpa kebenaran. Sb tu ramai non muslim yg mencari kesalahan dlm Al Quran akhirnya menemui kebenaran.

      Delete
    9. "bahkan syg seorg yg byk tny kenapa mengapa bagaimana why not, whyyy cannot, sampai org give up. tp bezanya dgn tuan, sy seorg muslim."

      Tu maksudnya awak blum ckup brtanya, sbb tu awk muslim.

      " Sb tu ramai non muslim yg mencari kesalahan dlm Al Quran akhirnya menemui kebenaran.'

      Awak dh baca blum kndungan2 lain dlm blog ni? Rmai non muslim masuk islam, ramai islam kluar islam. itu normal, bukan pnentu kbenaran mana2 agama.

      Delete
    10. Kalau tuan ada kepercayaan tuan, tuan boleh nyatakan, tentunya sy pun akn byk tny kenapa mengapa bagaimana apa buktiknya. cuma ruangan medium ini agak terhad.

      Delete
    11. bcalah blog sy. sy dh bnyak tulis, sy tak nak ulang benda sama

      Delete
  8. i kata sb tu non muslim yg cari kesalahan dlm al quran diorg revert Islam . i x kata psl non muslim masuk islam , or muslim keluar agama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dusta, sbb dlam masa sama rmai yg cari kesalahan, jumpa ksalahan tu dn terus mnolak Islam.

      Yg konon jumpa kbenaran tu, cuba soal mreka satu persatu hujahan mreka. blh nmpak bnyak kelompongannya. lgpun mreka slalunya trpengaruh dgn hujahan para agamawan yg tidak mmberi cerita spenuhnya berkenaan agama, hnya bg sisi yg positif smbil mnyembunyikan yg negatif.

      dlam masa sama, rmai non muslim yg cari ksalahan dn masuk islam ni, klau dilihat, masih jahil ttg Islam walaupun slepas masuk islam. pngetahuan yg cetek

      Delete
    2. Nyatakan SATU apa kesalahan dlm Al Quran yg buat mereka atau tuan menolak islam?😊

      Delete
    3. http://abu-yusufmalizi.blogspot.com/2023/10/kupasan-surah-al-kahf-peminjaman-cerita.html

      Delete
    4. thank u for sharing. panjang ni tuan sy kena hadam satu-satu. bila nampak penulisan tuan hat beza pendapat, sy mula nk argue dah. haha

      Delete
  9. Cara tuan ckp mcm tuan seorg yg tinggi ilmu dlm agama tuan. Mesti dah level-level agamawan kan? Seronok tny soalan2 pd agamawan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy takda agama. tu sy suruh baca blog ni dlu

      Delete
    2. i see tuan takdak agama. Patutlah nampak cara tuan mmg mcm org takda agama. Jd siapa yg cipta tuan kt dunia ni?

      Delete
  10. Tuan kata perjalanan hidup habis lps mati. Kalau tuan dizalimi dan org2 yg tuan sayang ❤️ (kalau adalah) pun dibuat begitu, dan di dunia ni manusia yg menzalimi tu terlps dari hukuman so sampai bila2 pun dia tak ada kena balasan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, takda dibalas. ibarat kamu menonton sebuah movie, dan setelah habis, kamu tak puas hati dengan pengakhiran tergantung, dan kamu kata "confirm ada smbungan untuk cerita ni, sebab pnhujung tergantung". Tapi cerita tu tidak ada bahagian kedua. Hanya krana kamu tak puas hati, tak bermakna confirm ada bahagian kedua. Kamu tak puas hati tu kamu punya pasallah.

      Kamu nak ssuatu tu untuk ada, tak bermaksud ia ada. Ya, org mmbayangkan adanya pmbalasan selepas mati, tp tu hnya keinginan, tak bermakna ia ada, dan takda bukti pn ia ada.

      Delete
    2. i see ,mcm mana kalau ada org yg menzalimi tuan atau keluarga tuan senyap2? Nk ikut pegangan "kalau tuan x puas hati tuan punya pasallah" juga ke? maaflah sy dah mcm wartawan.

      Delete
    3. Ni bukan psal keluarga sy atau apa. Tp ini berkenaan hakikat dan bukti. Mmg btul, sy tak puas hati klau ada org nk kcau kluarga sy. Tp klau dia trlepas hukuman di dunia ini, apa lg yg boleh sy buat?

      Brpijaklah di bumi nyata, dan telan realiti. Realiti itu pahit utk ditelan, tetapi malangnya org2 agama ramai yg tak dpat terima realiti, jd mreka hidup di dalam mimpi yg mnjanjikan hukuman di neraka dan ganjaran di syurga.

      ia hanya mimpi. klau benar, buktikan, mudah saja. Tak prlu buang masa.

      Delete
    4. Kesian ye tak ada pembelaan atas keluarga tuan kalau pesalah terlps kt dunia. tuan pula tak boleh buat apa2 utk mereka, yelah x berkuasa. Siapa cipta dunia sebegini ye tuan? ada pencipta ke? Tuan ni org logik ye? bijak maths, sains. tuan mst x percaya pd perkara2 ghaib kan? hny percaya benda yg boleh dibuktikan terus dpn mata. dlm Al-Quran ada sebut psl perkara ghaib, tp mslhnya tuan tak percaya Al-Quran. aada sb knp Allah rahsiakan perkara2 yg manusia x perlu tahu dulu. Dia nk uji. kalau ikut logik, bukti, tuan boleh buktikan ke mcm mana manusia pertama lahir ke dunia, apa bukti sains atau bukti sebagainya? byk lg sy nk minta bukti atas kefahaman tuan ni..

      Delete
    5. Ok, jd kamu jelas tak blh buktikan keprcayaan selepas mati kan? ok noktah, tak perlu dakwa agama kamu ini haq lagi. Ia hanya agama brdasarkan dakwaan dan sangkaan, dan tiada salah klau ada org yg tak percaya pn.

      Delete
    6. tiada paksaan dlm Islam. utk org yg xd agama, adakah satu kerugian kalau masuk islam?atau rugi bila masuk islam? tuan pun tak dpt buktikan perkara yg sy tny MENANDAKAN tak semua benda perlu bukti segera dpn mata. itu POINTNYA nya. maaflah sy ni mmg byk tny, kalau x mampu jwb tu xpelah
      😊dlm hidup ni ada benda yg x tercapai logik akal kita yg terhad dan terhijab ni, manusia biasa ja. byk je perkara yg saintis x dpt buktikan lg mengapa begitu dan begini. tp kami sentiasa belajar dan mencari.
      tuan pun x dpt bukti siapa cipta diri tuan sendiri.😊 memandangkan tuan takda agama, jd tuan ni mmg pertikaikn agama Islam saja atau agama lain juga ya? 😊

      Delete
  11. Kita sbnrnya tiada....itulah hakikat...yg wujud hanyalh Allah....kau carilh jawapan tu....dan jawapannya ade dlm diri kamu sndiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya hanya Allah saja yang berkuasa atas sesuatu. Bila kita tny tuan punya blog siapa yg cipta dia, dia pun tak ada jawapan utk buktikan. Tp demand utk kita buktikan perkara ghaib (syurga dan neraka).😊Tak taula dia percaya pd jin dan syaitan ke tidak. Atau bila dah kena baru percaya.Jgn cabar kuasa Allah.

      Delete
  12. Kembalilah kepada fitrah wahai sedare..sebelum anda berckp psl Allah ciptakan Israel,tidakkah anda lupa Allah juga yg menciptakan iblis dan syaitan???Iblis pula dengan angkuh telah bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan umat manusia sehingga ke hari kiamat untuk bersama-samanya berada dalam neraka!cara utk menyesatkan org Islam lagi kuat iman lagi byk yg akan diuji dan jdlah seperti anda mula bersangka2 buruk tentang semua ayat2 dlm Al Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reward utk mendapatkan syurga Allah ingat sesenang abc??syurga tu penuh nikmat nak dibandingkan dengan dunia yg penuh dengan maksiat tipu daya..jika iman kamu kuat dan berjaya melepasi segala ujian Allah pasti reward syurga kamu dapat..tp jika kamu mula lupa akan kekuasaan Allah dan mula berlagak pandai lebih dr apa yg ada dlm Al quran dan sunnah,balasan neraka lah yg menunggu

      Delete
  13. Dari apa yang kamu tulis nampak sangat kamu tahu Allah tu tuhan yang benar,
    Allah benar, Allah yang ciptakan kamu.
    cuma kamu nak salahkan kan Allah,
    Allah Uji untuk pilih orang yang beriman sahaja

    Masih sempat untuk bertaubat,
    semoga Allah beri hidayah kepada kamu,
    sebab kamu yakin dengan kuasa Allah.
    dan kamu tahu Al-Quraan adalah benar.

    Israel adalah bangsa yang Allah terangkan dalam Al-quraan yg buat kerosakan, angkuh sombong dan melampau
    ia nya terbukti sekarang, dan Israel telah terhina sekarang di mata dunia
    dan kemenangan pejuang Palestin adalah semakin hampir!

    Israel sampai sekarang takut dengan pejuang Palestine!,
    mereka cuma bunuh rakyat awam, wanita, bayi dan kanak-kanak Palestin,
    malah Palestinian Christians pon Israel bunuh,
    satu dunia telah hinakan Israel.
    Apabila seluruh Umat bersatu, Palestin akan menang.!

    Sebagai mana kamu faham, Semua yang tertulis dalam Al-Quraan benar!
    Allah hanya tunda kemenangan Palestine supaya kamu boleh bertaubat.

    ReplyDelete
  14. Admin.jika kesalahan tidak ada pembalasan di akhirat.saya doakan mak kamu,adik kamu atau anak kamu dirogol sampai pengsan.yelah sebab kamu cakap tak ada pembalasan untuk orang zalim di akhirat kan.so adil untuk saya cakap macam ni.i Like it🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ssuatu agama tu blh mmbuatkan pnganut dia jd mcm awak, yakni mngharapkan org yg tak brsalah dirogol, maka itu saja dh tunjukkan btapa hinanya awak sbagai individu, dn btapa rosaknya agama yg kamu anuti tu.

      Of course la tak di balas. Mcam mana kamu tau ada pmbalasan? Ada bukti? Qur'an tu bukan bukti.

      Delete
    2. Admin kalau tengok orang kena sihir ni agaknya ckp pesakit tu buat2 je ke ek?

      Delete
    3. kalau tak percaya dgn kewujudan yg Maha Esa, admin percaya kewujudan jin dan syaitan ke tidak?

      Delete
    4. Agama islam tak salah dan x rosak, kalau ada yg salah tu adalah umat-umatnya. setiap org tak sempurna, ada salah dan pintu taubat terbuka luas.

      Delete
    5. Apa yg tuan komen tu doakan mungkin sekadar reserve psychology utk bg admin faham mana mungkin org senang2 buat jahat x da balasan.

      Delete
    6. "Apa yg tuan komen tu doakan mungkin sekadar reserve psychology utk bg admin faham mana mungkin org senang2 buat jahat x da balasan."

      Kenapa mana mungkin? Awak harapkan ada pmbalasan, tapi pengharapan awak ni bukan bukti! Awak nak ssuatu tu terjadi, tak bermakna ia pasti trjadi.

      Sbab tu kena ada bukti, awak kena buktikan ssuatu tu baru boleh ckap ia ada. Dan smakin dasyat ssuatu dakwaan tu, smakin perlulah awak buktikan.

      Contoh awak ckap pada sy awak prnah belajar di sebuah sekolah menengah dulu. Utk ni, awak tak prlu buktikan, sbb kebarangkalian tu sangat tinggi, sebab hampir semua orang prnah belajar sekolah menengah dulu, kcualilah dia mmang duduk dalam hutan atau dia memang tercicir, tp ni sangat sdikit.

      Jd sy boleh prcaya awak, tanpa awak bagi saya sijil tamat sekolah awak pun.

      Tp klau awak britahu sy dulu awak pernah naik roket untuk ke angkasa lepas. Sudah pasti saya akan minta awak buktikan, sebab ini satu dakwaan berat dan ajaib.

      Sama mcam pmbalasan hari akhirat. Ia satu dakwaan luar biasa yang sifar bukti. Bila awak ckap "mestilah ada, sebab mana mungkin tiada", ini bukan bukti! Ini kata2 dan dakwaan.

      Berfikirlah

      Delete
  15. admin kena byk belajar lagi ni. sampai kenal siapa tu Adam AS. mcm mana boleh muncul Adam tanpa pencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watak Adam tu watak cerita dongeng yang dicipta orang Yahudi dahulu kala..

      Delete
    2. Semua Agama Islam,Yahudi,Kristian, Buddha, Hindu ada kisah Adam dan hawa cuma nama lain2

      Penat nak explain pergi lah study baca Al-Quraan dan kitab2 lain then compare,

      Pasti kamu tahu yg Kitab Al-Quraan adalah benar dan kitab yang lain hanya tipu dan edit ja

      Admin ni atheisme ke?

      Delete
  16. Admin, kau pernah kena sihir x? Aku ni x baik org nya. Pantang jumpa manusia yg berfikiran kritis hebat menulis entry yg melawan Tuhan. Meh cni, aku pun lebih kurang kau juga. Sihir menyihir ni bikin puas hati tau, kemaluan kau hilang n perasaan tumbuh kat dahi,perut kembung kempis tiap hari atau kau nak hilang akal lari bertelanjang keliling kampung. Xpayah cakap suruh sihir Israel sebab aku nak kau yg kena .. mau rasa? Lepas rasa sakit nanti x payah beria nk jumpa tabib cina, dukun agama lain atau ahli perubatan Islam, sbb sihir dr Sabah ni susah nak sembuh, selalunya org kena tu meninggal cepat... Ke kau pun ada juga sihir yg best? Mari lah kita perang☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak tau kau agama apa, tp cara kau ckap nmpak gaya kau bukan Islam. Klau kau bukan Islam, knapa kau beria nak tulis mcam ni? Sihir ni perbuatan mnyekutukan allah kalau ikut agama islam, dan org yang buat sihir ni akan dibenci allah dan dosa dia tak terampun, dan allah sendiri akan seksa dia di dunia dan akhirat.

      ni kepercayaan orang islam, dah tu kau percaya tak benda ni?

      untuk makluman, klau kau tak puas hati, kau kena lawan hujah dengan hujah. guna akal untuk berfikir, baru boleh hujah dan debat dengan matang.

      Kau tngoklah cara org yg tak waras berfikir. kau kata tak nak sihir org Israel? Kau tau Israel tu bunuh berapa ribu orang, dan musnahkan berapa ratus ribu rumah. Kau nak cakap kau tak kisah benda tu, dan kau lagi tak suka aku yang tak pernah bunuh dan sakitkan siapa2?

      Delete
    2. admin, kalau org yg nk sihir u tu pun atheis dan x percaya pd pembalasan akhirat buat apa dia nk kesah u pernah sakitkan org ke tak , or u ni pernah bg bad influence kt org ramai ttg agama org lain, asalkn dia dpt sihir u dan dia x kena ada apa2 balasan kt dunia ni. dia peduli apa asalkn hidup dia senang dan puas hati. kalau u xpuas hati tu u punya psl la, or u nk sihir dia balik ka? eh kalau u da kena sihir sampai mati u dah x boleh balas. kesian eh. kiranya org atheis ni boleh jd yg terpaling jahatla kan kt muka bumi ni sb dia boleh suka2 hati buat apa2 sb x ada garis panduan dlm hidup. admin, kalau u hidup berpaksikan bukti dunia semata, i nk tny u, siapa yg cipta u? u lahir dari siapa? dr mak u ke? mak u lahir dr siapa? so kalau adam x wujud, siapa keturunan u? atuk moyang u siapa yg cipta? apa bukti keturanan u tu dicipta oleh pencipta. siapa manusia pertama yg wujud kt dunia bg org athies ni ye? ke keturanan kamu bukan dari manusia? kalau bkn dr manusia dr apa? menarik ya sejarah keturunan kamu. boleh ceritakan dan bg bukti pd kami yg jahil ni. u kan pandai.

      Delete
    3. I am waiting for the reply from admin on this..🤨

      Delete
    4. Kenapa admin tak reply ye? takdak bukti ke?

      Delete
  17. Blogger murtad rupany. Nauzubillahiminzalik.. Smg Allah memberi kamu hidayah semula..

    ReplyDelete
  18. Manusia yang sombong suka bertanya tetapi apabila diberi jawapan pasti akan menjawab dengan sombong. Manusia sombong apabila diberi bukti pasti membantah. Manusia sombong apabila diberi ujian pasti menyalahkan orang lain. Manusia sombong apabila diberi nikmat pasti lupa diri. Manusia asalnya dari air mani yang hina tetapi kalau sombong boleh mengaku tuhan. Agama islam mengajar kita supaya tidak sombong. Agama islam mengajar keyakinan kepada perkara ghaib yang tidak mampu dijawab dengan logik akal. Mati itu pasti, kita semua akan mengetahui jawapan selepas kematian.

    ReplyDelete
  19. Bagus lah awak tu manusia. Allah tu pencipta. Sedar diri sikit awak tu hamba sekelumit dari air kotor, bila da ade nyawa sikit mula menggelupur nak salahkan Allah itu ini. Time awak dapat rezeki macam macam ade bersyukur tak? Ada ucap alhamdulillah? Bila diuji ada alhamdulillah jugak tak? Suka hati Allah Dia tu pencipta. Suka hati Allah nak uji macam mana. Kita sebagai manusia jadi manusia terbaik bantu selagi boleh. Bukan pegi salah kan Tuhan itu ini. Tak sedar diri kau bernafas pun Allah izinkan. Bertaubat lah ya. Istighfar banyak banyak. Kurangkan ambil sikap setan melawan fitrah yang kau tu hamba Allah, Allah Maha berkuasa setiap satu satu dan terpulang kepada Nya

    ReplyDelete

Post a Comment