Isu Salman Rusdie

Begitu banyak orang-orang Islam di media sosial yang bersorak dan menyokong serangan ini. Bahkan jika Salman Rushdie mati sekalipun, mereka tidak akan kisah bahkan lebih bersorak dan memanjat kesyukuran kepada tuhan mereka. 

Itu sahaja sudah menunjukkan betapa bahayanya ideologi Islam ini, kerana ia menjadikan pengikut-pengikut mereka tidak kisah tentang pembunuhan, dan mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang di luar undang-undang. Jika mereka rasakan undang-undang itu tidak melindungi Islam, maka mereka akan mengajak kepada pembunuhan, dan walaupun sebahagian besar dari mereka tidak akan sendiri melakukan perkara tersebut, tetapi akan ada kelompok kecil yang akan melakukannya, dan kelompok majoriti hanya akan bersorak. 

Jika ada undang-undang yang menyokong Islam pula, dan digunakan untuk menindas orang-orang bukan Islam, termasuk yang sudah keluar Islam dan sudah menjadi bukan Islam juga, mereka akan memaksa orang ramai untuk jangan langgar undang-undang, kerana itu undang-undang, maka wajib dipatuhi. Nampak tidak, betapa mereka ini bukannya kisah sangat tentang undang-undang pun, mereka cuma kisah tentang agama mereka. Undang-undang yang adil bagi mereka adalah hukum agama mereka, yakni undang-undang syariah, yang pada hakikatnya tidak adil langsung, tetapi bagi mereka ia adil. 

Ideologi begini perlulah diperangi habis-habisan. 

Dan yang lebih teruk, mereka tiada masalah untuk hina agama lain. Bible menurut mereka adalah korup yang sudah dipesongkan oleh manusia, nah itu satu penghinaan terhadap penganut Kristian. Setiap hari orang Islam kata begini, bahkan ia sebahagian tunjang utama kepercayaan mereka, yakni untuk menghina agama Kristian. Tetapi orang Kristian matang dan tidak sensitif sehingga mahu membunuh orang-orang Islam yang mengucapkan perkara ini. Tetapi apabila dikatakan al-Qur'an kitab yang direka manusia, nah terus orang-orang Islam melenting dan sehingga mahu membunuh orang. Bahkan itulah yang berlaku di sini, kerana Salman Rushdie dikatakan telah menghina agama Islam dengan bukunya the Satanic Verses, dan atas sebab itu darahnya halal. 

Sungguh Islam suatu agama yang cukup berbahaya. Dan ia menjadi lebih bahaya apabila ia dihidangkan sebagai agama yang toleran walaupun hakikatnya cukup berbeza sekali. Itu hanyalah satu penipuan untuk mengabui mata masyarakat, dan itulah taktik mereka sejak dahulu. Bezanya, sekarang ini ada internet dan adanya ledakan maklumat, maka ramai orang boleh mengkaji sendiri. Bahkan blog ini juga saya tulis atas dasar anonim, dan andaikata ada yang mengenali saya di luar, nyawa saya juga bakal terancam dan mungkin saja melayang. Inilah yang kita perlu berhadapan, yakni penganut fanatik dari agama rekaan manusia. 

Comments

  1. Tepat sekali. Sebab tu saya tulis dalam blog saya Muslim ni macam mengata dulang paku serpih. Banyak menyelewengkan ajaran Kristian dan ada hati cakap orang Kristian seleweng kitab bible! akupilihhidupini.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga blog sedara, cuma mintak hasil artikel panjang sikit

      Delete
  2. Cuba buat satu posting berkaitan Satanic verse.Kau membebel macam kau pernah baca shj.

    ReplyDelete
  3. Islam sukakan censorship dengan cara bunuh orang. Dari zaman dulu lagi, macam sirah Ka'b bin Al Asyraf. Ada sahaja yang mahu disembunyikan sebab takut kantoi. Kebenaran akan menang jua akhirnya. Terima kasih internet dan blogger.

    ReplyDelete
  4. Hi Tuan kemana Tuan pergi lama tidak update

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru update. Maaf, kebelakangan ni memang sibuk. Tapi saya ada tulis dalam tulisan terbaru saya, kenapa saya kurang menulis baru2 ni.

      Delete

Post a Comment