Mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita

Membeli dan memilih hamba di sebuah pasar di bawah kerajaan Islam


Ini sebenarnya antara isu utama kenapa saya tinggalkan Islam dahulu, tetapi saya sebenarnya belum pernah lagi menulis tentang tajuk ini. Jadi saya fikir saya ingin meluangkan sedikit masa bercakap tentang isu ini pula. 

Islam membenarkan seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan hanya dua golongan, yakni golongan pertama: Isteri-isteri mereka, dan golongan kedua: Hamba wanita mereka. Hamba wanita ini boleh dimiliki melalui tiga cara, sama ada dibeli, diberi oleh seseorang, atau dirampas melalui peperangan jihad. 

Qur'an menyebutkan secara jelas tentang hal ini, antaranya di dalam surah yang dijadikan dalil untuk berkahwin secara poligami, yakni Surah an-Nisa 4:3

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah 4:3)

Hamba-hamba yang kamu miliki ini disebut di dalam al-Qur'an sebagai "Malakat aymanukum" yakni yang "dimiliki oleh tangan kananmu", ini bermaksud hamba wanita seseorang lelaki. Juga Surah al-Mu'minun 23:5-7 

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas" (Surah al-Mu'minun 5-7)

Ayat ini juga secara jelas membenarkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan isteri DAN juga dengan hamba-hamba wanita yang mereka miliki. 

Saya pasti, para pembaca pasti pernah mendengar perkataan "sex slaves" yang mana perkataan ini sering dilontarkan kepada Islam atau disinonimkan dengan ajaran Islam? Yang dimaksudkan dengan ini adalah bahawa Islam membenarkan seorang lelaki berjimak dengan hamba wanita yang dimiliki. Islam tidak memberi angka terhad kepada jumlah hamba wanita ini, ini bermaksud seorang lelaki berhak menyimpan seberapa banyak hamba wanita yang ingin dimiliki, dengan tambahan empat orang isteri jika dia memilih untuk mempunyai isteri seramai itu.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - HUKUM MELAKUKAN SEKS DENGAN HAMBA (muftiwp.gov.my)

Ini satu amalan yang cukup bermasalah dan menjijikkan sebenarnya. Sayangnya, sangat sedikit wanita beragama Islam (dan yang bukan Islam) yang tahu tentang perihal ajaran Islam yang ini dan betapa rendahnya pandangan Islam terhadap mereka. 

Surah 33:50 juga menyebutkan:

"Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang" (Surah al-Ahzab 33:50)

Allah amat-amat gembira melihat orang lelaki menjimaki wanita-wanita hamba, walaupun sudah beristeri. 

Perincian cara mendapatkan hamba wanita - kaedah perang


Tentera Islam membawa pulang perempuan bukan Islam yang ditawan selepas perang tamat

Di dalam Islam, apabila jihad dilancarkan, dan apabila tentera Muslim berjaya menguasai sesuatu kawasan dan mengambil tawanan perang di kalangan orang bukan Islam, maka kaum wanitanya adalah menjadi sebahagian harta rampasan perang, dan menjadi hak milik halal tentera Islam. Wanita-wanita yang boleh diperhambakan adalah dari kalangan mereka yang bukan Islam.

Inilah antara ajaran di dalam Islam yang menyebabkan seseorang itu memandang rendah kepada mereka yang bukan Islam, yakni mereka boleh diperhambakan dan dimiliki.

Apabila menjadi hak milik, ia bermaksud mereka itu menjadi hamba. Hamba yang boleh dijual beli, diberi dan dipindah hak milik. Mereka menjadi halal kepada tentera Muslim dan orang Islam lainnya, dan mereka boleh dijimak setelah tamat tempoh iddah. Bagaimana jika wanita yang ditawan itu sudah pun mempunyai suami, yakni seorang suami yang bukan Muslim?

Andaikata wanita yang ditawan itu sudah mempunyai suami pun, ikatan perkahwinan mereka menjadi putus sebaik mereka ditangkap oleh tentera Muslimin, dan mereka boleh dinikahi, atau boleh ditiduri saja sebagai hamba oleh tentera Muslimin tanpa perlu dinikahi! Inilah yang berlaku ketika hayat Muhammad. Ketika mana tentera Islam menang dalam pertarungan Autas, yakni selepas perang Hunayn, mereka berjaya menawan sejumlah wanita dan para Sahabat mula merasa tertarik dan terliur untuk berjimak dengan mereka. 

Masalahnya, ada di kalangan para wanita itu yang sudah mempunyai suami dan suami mereka masih lagi hidup. Jika tiada suami, itu jelas, tentera Islam boleh membawa wanita-wanita tersebut balik dan rogol saja mereka, tetapi yang dah ada suami ni bagaimana? Para Sahabat bertanya kepada Muhammad tentang apa yang perlu dilakukan dan adakah boleh untuk mereka masih lagi berjimak dengan wanita-wanita tawanan tersebut. Muhammad dengan mudah, membenarkannya. (rujuk Sahih Muslim).

Muhammad mendatangkan Surah 4:23 yang mana ayat itu membenarkan berjimak dengan isteri-isteri orang, selagi mana mereka itu merupakan hamba tawanan. Surah 4:22 memberikan senarai wanita yang dilarang untuk dikahwini, termasuklah isteri-isteri orang, tetapi, jika isteri-isteri orang tersebut sudah menjadi hamba tawanan, maka mereka boleh digauli, kerana ikatan perkahwinan terputus dengan suami asal sebaik saja wanita dijadikan hamba oleh tentera mujahidin.


Wanita-wanita yang dipaksa untuk dijadikan hamba serta diagih-agihkan kepada umat Islam

Walaupun memang ada perbincangan ulama, kerana ada yang berbeza pendapat tentang apakah terputus atau tidak ikatan nikah seseorang wanita bukan Islam yang ditawan, tetapi pendapat yang mengatakan ikatan perkahwinan terputus adalah tetap saja satu pendapat di dalam Islam, dan umat Islam boleh saja berpegang kepada pendapat yang kejam ini. Ia jelas disebut di dalam al-Qur'an dan hadith seperti disebut di atas. Ajaran ini menggalakkan supaya umat Islam menawan seberapa banyak wanita dan mereka dengan mudah menjadi hak milik orang Islam. Pedulilah jika wanita itu mempunyai suami sekali pun, mereka dikira bercerai sebaik sahaja wanita itu menjadi hak milik tentera Islam. 

Hanya saja Muhammad melarang tentera Islam melakukan jimak dengan tawanan sebelum tempoh iddah tamat. Maka jika ada peperangan berlaku, dan kota atau kampung orang-orang yang bukan beragama Islam ditawan oleh tentera Islam, maka berita buruklah bagi kaum wanita mereka yang bakal dijadikan hamba oleh tentera Islam. Mereka menjadi milik manusia lain, dan boleh dirogol pun sesuka hati. Inilah jijiknya ajaran agama ini, dan bahawa ia jelas menunjukkan ia rekaan manusia.

Kaedah membeli dan pemberian

Muhammad sendiri pernah dihadiahkan seorang hamba Mariyah al-Qibtiyyah, seorang beragama Kristian dari Mesir. Mariyah digelar sebagai seorang gundik dan untuk pengetahuan, tiadalah beza antara gundik dan hamba di dalam Islam, yakni dia hanyalah seorang yang dimiliki oleh seorang lelaki, boleh dijimak, tetapi dia bukanlah berstatus isteri. Maka tiadalah tanggungjawab untuk memberi nafkah atau memberi layanan adil kepadanya seperti diberikan kepada isteri. 

Isu lelaki dibenarkan berjimak dengan hamba wanita ini merupakan antara isu pokok kenapa saya tinggalkan Islam, kerana saya tidak boleh terima konsep ini. Ia terlalu kejam, berat sebelah terhadap wanita, dan menjijikkan. Ia jelas ajaran lelaki rakus yang ingin memiliki wanita dan langsung tiada empati terhadap wanita yang sudah bersuami. Lagipula, hanya kaum lelaki yang dibenarkan berjimak dengan hamba wanita, tetapi wanita dilarang sama sekali untuk berjimak dengan hamba lelaki. 

Comments

  1. Betapa teruknya ajarah allah, allah gila seks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cukup cukup teruk..Penting untuk orang ramai tahu pasal ni..

      Delete
    2. Allah tak perlukan sex

      Delete
  2. Jika ada satu group whatsapp private adalah sgt bagus utk sembang2...

    ReplyDelete
  3. Itu lah cara untuk menambahkan populasi selain 4 yang berstatus isteri.

    ReplyDelete
  4. Perkataan "nikah" dalam bahasa Arab selalunya diterjemahkan sebagai kahwin dalam Quran/Hadith. Tetapi sebenarnya ia bererti "bersetubuh". Bandingkan dua rujukan ini (Surah 2:230 dan Sahih al-Bukhari 5825).
    https://sunnah.com/bukhari/77
    Isteri Rifaa mahu berkahwin semula dengan suami pertama selepas bercerai dengannya. Tetapi dia tidak dapat melakukannya sehingga dia bersetubuh/berkahwin dengan suami keduanya, AbdurRahman.
    Jadi, kebanyakan kaum Muslim di Malaysia selalu fikir nikah bermaksud kahwin, padahal ia bererti bersetubuh.
    Kebanyakan orang menterjemahnya sebagai kahwin kerana ia memalukan.
    Kaum Muslim boleh mutah/kahwin sementara untuk beberapa hari. Selepas bersetubuh, lelaki it membayar upah yang dipersetujui. Semua ini untuk memuaskan hawa nafsu kaum lelaki. Apa bezanya dengan pelacuran?
    https://www.al-islam.org/muta-temporary-marriage-islamic-law-sachiko-murata/four-pillars-muta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahwin mutaah merupakan amalan yang dianjurkan dalam ajaran Syiah. Walau bagaimanapun, Ahli Sunnah wal Jamaah melarang berkahwin mutaah berdasarkan dalil hadis ahad, jumhur sahabat dan ijmak ulama. Hal yang demikian kerana tujuan amalan ini menunjukkan percanggahan dari sudut mencapai maksud perkahwinan dalam Islam

      Delete
  5. Islam ni memang agama yg dicipta muhamat utk kepentingan kepala zakar dia dan konco2nya je.-Ahmad_Zyaf

    ReplyDelete
  6. Benda ni juga la point utama aku katakan bahawa ini agama rekaan. Macam celaka!

    -Jalil Md Dom

    ReplyDelete
  7. Dalil Quran & hadith ini tidak akan dimasukkan dalam silibus pengajian islam kebangsaan haha.

    Ada gundik2 seks memang ciri2 cult leader. Dah ada isteri 12 mau hamba sex lagi. Apakah keperluan? Hanya org bodoh yg sudah di brainwashed sahaja takkan nampak siapa sebenarnya Momo. GILA SEKS !

    ReplyDelete
  8. kenapa guna hadith jika tak pecaya hadith?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb kamu prcaya hadith, jd nak tunjuk pd kamu ttg kekarutan agama kamu

      Delete
  9. Habis tu nak buat apa dengan hamba tersebut,xkan nak tinggal.
    Better under 'Jagaan' orang Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau anggap mcam ni lah. Kampung kau kena serang dgn penganut ayah Pin, dan diorg mmperhambakan mak, nenek dengan adik beradik permpuan kau. Diorg smua diagih-agihkan di antara tentera Ayah Pin, dan klau ada yg mmberontak akan dibunuh.

      Aku hrap ckap mcam ni boleh bagi kau faham skit, dn bg kau nampak, takda masalah pun nak "tinggal" mcam tu je, tinggal jelah mak nenek kau buat hal sndiri.

      Delete
  10. Untung-untung hamba tersebut jadi Islam,xpun anak dia nanti jadi Islam.Kalau sebaliknya?Hamba tersebut jadi jahat balik,kalau ada anak,dia balas dendam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celaka, kau igt masuk Islam terus jd baik? Kau igt klau tak masuk Islam je jd jahat? Kau hidup atas planet apa ni

      Delete
  11. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (Surah al-Mu’minun: 5-8)

    ReplyDelete
  12. Membenarkan amalan bersama dgn hamba tanpa nikah begitu bukan zina ke namanya.aduh.sungguh pelik.

    ReplyDelete

Post a Comment