Bunyi azan yang kuat

Baru-baru ini saya menyedari yang bunyi azan dari surau kawasan perumahan saya sudah semakin kuat, bermaksud mereka telah upgrade soundsystem mereka. Biasanya dari rumah saya hanya akan dengar sayup-sayup saja azan, cukup aman tanpa pencemaran bunyi, tetapi sekarang saya boleh dengar dengan jelas dan agak kuat. 

Mujur rumah saya masih tidak terlalu dekat dengan surau tersebut, tetapi bagi mereka yang berdekatan, saya berasa amat sedih bagi mereka, terutamanya yang bukan beragama Islam. Bahkan majoriti di kawasan perumahan saya adalah orang Cina yang bukan beragama Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari mereka perlu menahan diri dari jeritan bukan saja azan, tetapi bacaan kitab mereka. 

Jika hari sebelum musim Covid, mereka juga perlu terpaksa mendengar ceramah dari para pendeta agama Islam. Adakah ini mendekatkan sesiapa kepada Islam? Bahkan ia menjauhkan orang dari Islam. Memaksa orang mendengar ceramah atau jeritan manusia setiap hari akan menyebabkan orang menjadi benci kepada Islam. Lama-kelamaan mereka akan menghindari saja agama ini. 

Apakah pernah kita melihat atau mendengar 10 atau 20 rumah yang diduduki bukan Islam di sekeliling surau atau masjid masuk Islam beramai-ramai hasil dari mendengar azan ini? Tidak sama sekali, bahkan jika 10 tahun akan datang pun jika keluarga yang sama menduduki rumah tersebut, mereka tetap merupakan bukan Islam. Menjerit dan memekik setiap hari jelas tidak memberi apa-apa kesan untuk orang masuk Islam. 

Kenapa perlu menjerit setiap hari? Mari kita bercakap tentang azan dulu. Tujuan azan ini asalnya untuk memberitahu orang tentang masuknya waktu solat. Sekarang ini masalahnya orang sudah ada teknologi, waktu solat boleh diketahui melalui radio, televisyen, handphone dan jadual masuk waktu pun boleh didapati untuk setiap hari bagi tahun itu. Bahkan kita boleh saja anggarkan bila waktu solat masuk kerana ia tidaklah jauh beza setiap hari. 

Maka cukup sebenarnya jika nak azan sekalipun, tidak perlu guna pembesar suara pun sebenarnya (bahkan di zaman Muhammad pun pembesar suara tidak wujud pun). Azan saja dari surau, dan jika perlu pembesar suara sekalipun, rendahkan paras suara ke tahap yang rendah. Tidak perlu kuatkan, kerana ia hanya menyakitkan hati orang lain. 

Saya seorang bukan Islam, kenapa saya perlu berhadapan dengan pekikan orang Islam setiap hari? Orang Islam akan berkata ini negara Islam, maka ini merupakan sesuatu yang normal. Memang ia normal, tetapi perlukah ia menjadi normal? Saya seorang rakyat Malaysia, Bumiputera pula, tidak adakah hak untuk saya untuk tidak dihidangkan dengan pencemaran bunyi setiap hari? Tidak bolehkah hormat hak saya untuk hidup dengan aman?

Tidak bolehkah direndahkan suara azan? Kalau tanya saya sepatutnya tak perlu pembesar suara langsung. Sebenarnya, orang Islam sendiri pun ramai saja yang tidak suka pembesar suara yang kuat, cuma mereka tidak berani suarakan pendapat mereka saja. Yalah, Islam bukanlah agama yang boleh menerima kritikan. 

Jika tidak percaya, cuba sendiri tinggal dekat dengan surau atau masjid, pencemaran bunyi yang bakal dihadapi adalah cukup memberi tekanan. Ada masjid yang cukup suka memaksimalkan sekuat mungkin sound system mereka. Bukan semua orang boleh tahan, dan tidak perlu tahan pun, sebab ia sesuatu yang tidak perlu. 

Azan yang dijeritkan pula dijeritkan dalam bahasa Arab. Sebenarnya kenapa perlu dijeritkan dalam bahasa asing? Kenapa tidak dijeritkan dalam bahasa melayu sahaja, yakni bahasa kebangsaan? Cuba bayangkan:

Allah maha besar, Allah maha Besar!

Aku naik saksi, bahawa tiada tuhan selain Allah!!!! Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah!!!

Aku naik saksi, bahawa Muhammad itu, pesuruh Allah!!!!! Aku naik saksi bahawa Muhammad itu, pesuruh Allah!!!!

Dan seterusnya..

Jika ia dijeritkan dalam bahasa Melayu, sebenarnya ia akan difahami oleh lebih ramai orang bukan Islam dan orang Islam juga, dan jika tujuannya untuk memberitahu orang bahawa sudah masuk waktu, jeritlah dalam bahasa kebangsaan. Bukan saja orang Islam faham, orang bukan Islam juga faham. Cuma ia akan kedengaran peliklah, sebab nyanyian dan alunan azan ini berkait rapat dengan alunan budaya Arab. Apabila digunakan dengan bahasa Melayu, ia akan kedengaran sedikit janggal.

Poin saya sebenarnya, kalau betul hendak menjerit dan menyanyi dengan kuat, beranikan diri menggunakan bahasa kebangsaan sendiri, bukannya menjerit dengan bahasa asing yang tidak difahami orang ramai pun. Bukan saja ia menjengkelkan, bahkan orang pun tidak faham. Adalah lucu perjuangan mereka untuk hak menjerit ini mereka tidak akan berani untuk menuntut hak menjerit dalam bahasa mereka sendiri, tetapi bahasa asing. 

Ini berkaitan azan, berkaitan bacaan Qur'an pula sama saja. Sebelum azan mereka akan bacakan kitab Arab mereka, dan kemudian mereka azan, dan kemudian solat berjemaah juga mereka akan bacakan dengan pembesar suara, sekali dengan zikir dan doa selepas solat. Jadi bayangkan berapa lama para penduduk di sekitar surau/masjid itu perlu dipaksa mendengar jeritan/pekikan/nyanyian mereka. 

Kenapa perlu guna pembesar suara untuk tujuan baca Qur'an atau ketika solat? Bukankah orang memang sudah tahu bahawa itu waktu solat, kenapa perlu diperdengarkan aktiviti dalam surau kepada semua orang? Bacaan Qur'an juga dibaca dalam bahasa Arab, walhal majoriti penduduk Malaysia tidak faham pun bahasa asing ini. Sekali lagi, pernahkah kamu mendengar rumah-rumah non-Muslim sekitar surau atau masjid ramai-ramai masuk Islam di Malaysia ini akibat dari dengar jeritan dalam bahasa Arab? Tidak pun. 

Jadi seharusnya rendahkanlah suara untuk azan, dan hentikanlah atau kurangkan seminima mungkin bacaan Qur'an atau bacaan dalam solat dengan menggunakan pembesar suara. Jika orang ingin mendengar Qur'an, mereka boleh saja mendengar dari youtube, atau mereka sendiri pun boleh baca sendiri. Ada banyak Qur'an di rumah. 

Comments

  1. Slmt Sejahtera Saudara Yusuf. 10 tahun dulu...satu sebab saya pindah beli rumah utk kediaman yg baru dgn Aman ialah Ada Orang suka MELALAK LALAK dengan angkuk dgn TIADA rasa hormat utk 1) bayi kecil sedang tidur 2) Warga emas yg perlu tidur yg cukup 3) Juga kaum lain 4) warga sakit yg sakit yg perlu rehat tanpa gangguan bunyi

    Sekian Bro Yusuf Thank you for ur time Take Care & Stay Safe Cheers!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang mreka cukup tiada rasa hormat pd orang lain. Jika ada seseorang yang suka menjerit dan melalak, bukankah sesuatu yang normal untuk orang lain menegur orang itu supaya tidak melakukan demikian, kerana menggangu orang lain?

      Adalah tidak wajar jika orang yang suka menjerit dan melalak itu memberitahu orang lain yang orang lain patut menghormati haknya untuk melalak dan mengganggu orang lain. Jika orang itu kata bgitu, tu maksudnya orang tu memang jenis yang tidak tahu hormat orang lain.

      samalah macam kes azan ni

      Delete
  2. That is true. Sound pollution

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, and very annoying indeed.

      They could at least try to pick a person with a nice voice to do the azan, and who knows how to sing. Its worse when the person who does the azan has a terrible voice and sounds like he is a madman shouting.

      Delete
  3. Ini kan negara Islam,
    Bila merdeka ,India Dan China dapat kewarganegaraan Dan Melayu dapatla hak hak istimewa termasuk agama Islam.
    Kalau xsuka buang la status warganegara tu.
    Abdullah bin Zaid dan Umar bermimpi ayat Azan yang sama.Mimpi yang benar.
    Azan untuk bgtau masuk waktu tiada masalah.Cuma baca Kitab xperlulah.
    Biasanya,masjid dibina dahulu berbanding perumahan.kalau xtahan pergi la duduk do tempat yg jauh Dari masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. India dn cina pun warganegara jugak, sama macam kau. Orang lain pun bayar cukai jugak, duit cukai yg itula yg korang guna utk buat masjid besar2 lpas tu memekak kacau semua orang.

      Spatutnya kau yg buang status warganegara tu, sbab tak rasa malu guna duit cukai yg sama2 bayar, tp guna utk diri sendiri utk dpat lebih. Tu muka tak malu namanya.

      Kena la hormat satu sama lain, bukannya kau je nk segala-galanya lebih. Dan bukan semua Bumiputera tu Islam, orang Asli, kadazan, iban, murut dan segala macam jenis kaum Bumiputera yg ada dkat Malaysia ni, ramai yg bukan Islam juga. Yg melayu pun bukannya semua Islam, aku ni Melayu bukan Islam, dan ada smakin ramai orang Melayu yg bukan Islam pun, cuma kami tak boleh nak brsuara sja skarang, sbab org Islam pegang kuasa dn jd macam samseng tindas orang Melayu sndiri yg bukan bragama Islam.

      Habis tu takkan kau nak ckap pada kami yg bumiputera ni utk buang status warganegara? Eh, kau ingat negara ni kau punya sja ke, smpai org2 Bumiputera lain pun kau nak halau?? Jgn berlagak sngat.

      Delete
    2. Malaysia negara sekular, bukan islam. Perlembagaan negara ini ditulis atas asas undang-undang sekular. Pmikiran kami ni lah yang merosakkan perpaduan kaum. Jangan hanya kaum lain hormat melayu, memikirkan melayu. Kaum lain juga ada haknya, juga merupakan rakyat Malaysia, ada bayar cukai untuk Pembangunan.

      Delete
  4. Malayan union Jos soli..lupa ke..ko sekolahana xbelajar sejarah..mana Ada Aku halau bumiputera lain.Agak agak la buat sentimen dekat Aku.
    Kira ok apa sound system lebih kurang macam Makkah madinah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbab kau ckap klau x suka hak istimewa Islam tu, tukar kerakyatan. Masalahnya aku pun tak suka hak istimewa Islam tu, ramai bumiputera bukan Islam yg tak suka dan tak setuju pn dgn hak istimewa Islam tu, habis tu kau nak kami ni dihalau ke?
      Nak kami tukar kerakyatan?

      Kau tak payah ckap pasal bangsa lain, skarang ni, bangsa Melayu Bumiputera sendiri pn ramai tak suka Islam kau tu

      Delete
  5. Abg, boleh jumpa tak? Sy dh lama follow blog abg ni. Rasa mcm nk dgr f2f pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik bawang brkpercayaan apa ya? Trima kasih follow blog sy slama ni

      Delete
  6. Kepada Encik Abu Yusuf al-Malizi,

    Kebelakangan ini, saya mengalami masalah yang sama seperti saudara. Bunyi azan dan ceramah dari salah sebuah masjid berdekatan semakin kuat. Bukan setakat lima kali panggilan azan, tetapi ceramah sejam melalui pembesar suara. Ini amat mengganggu ketenteraman walaupun semua pintu dan tingkap telah ditutup. Apakah yang patut saya buat untuk menyampaikan isu ini kepada pihak masjid dengan harmoni, tanpa menyinggung perasaan umat-umat Islam? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi salam sejahtera. Sy cadangkan supaya kamu aturkan prtemuan dengan AJK masjid, sbaiknya pengerusi AJK masjid itu sendiri, dn smpaikan dngan baik apa yg sdang kamu alami. Diharapkan dia akan cuba smpaikan kpada AJK lain dn smoga pmbesar suara diperlahankan.

      Delete
  7. Maaf mengganggu. Kenapa nak mengungkit, sudah jelas dalam perlembagaan agama Islam adalah agama Rasmi negara. Jika anda tak suka azan, anda boleh jual rumah anda Dan pindah lah ke negara bukan Islam. Confirm tak dengar langsung. Tapi kenapa anda tak nak? Sebab negara yang tak Islam susah untuk hak dapat kewarganeganegaraan, hanya Malaysia sahaja yang baik hati, untuk iktiraf bangsa lain yang datang ke tanah Melayu dapat kewarganegaraan melalui prinsip jussoli. Well said, kalau you masih nak duduk Malaysia, you pun boleh pindah ke borneo. You cakap kat boss you kerja sekarang, you alami depression sebab masjid kat rumah you memekak, Dan begging majikan you for hantar la you sekeluarga ke borneo, so that you dah takkan dengar azan dengan kuat. Sudah bagi betis nak peha. Pastu mau pijak kepala pulak. Tidak pandai bersyukur ni orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. " Kenapa nak mengungkit, sudah jelas dalam perlembagaan agama Islam adalah agama Rasmi negara."

      Ini tanpa prsetujuan sy, sy tak prnah minta lahir di sini tp sy lahir di sini dn ini negara sy. Sbnarnya, memilih satu agama sbagai agama rasmi tu tidak adil bg orang lain, lagipun agama itu agama rekaan manusia sja. Lg satu, maksud agama rasmi tu apa? Tak tau apa maksud dia pun, jd klau pun nk sy brsetuju agama rasmi negara ni Islam, tak brmakna itu ada hak utk org pasang azan kuat2 buat pncemaran bunyi kcau smua orang, btul?

      "Jika anda tak suka azan, anda boleh jual rumah anda Dan pindah lah ke negara bukan Islam"

      Knapa sy nk kna buat mcam tu? Sy rakyat Malaysia, Melayu bumiputera, nenek moyang sy smua dari sini, knapa sy yg kna sibuk2 pindah negara lain? Klau sy nak buat, mmg sy buat, tp tu pilihan sy.

      "Well said, kalau you masih nak duduk Malaysia, you pun boleh pindah ke borneo. You cakap kat boss you kerja sekarang, you alami depression sebab masjid kat rumah you memekak, Dan begging majikan you for hantar la you sekeluarga ke borneo"

      Apa benda kamu mngarut ni, klau sy nk pindah, sy akan buat pilihan sndiri. Tp sy nk bgtau, pncemaran bunyi yg dipanggil azan ni, bukan sy sja tak suka, org2 Islam pun tak suka, tp diorang tak brani bising saja. Klau awak suka sngat azan, sy cabar awak tinggal dkat rumah sbelah masjid, tngok awak nak ke tak. Sy cabar awak btul ni, kalau awak tak nak, maksudnya awak ni penipu dan munafik dan tak layak brcakap psal benda ni. Ada faham???

      Delete

Post a Comment