Kisah Yahudi yang memancing ketika hari Sabtu - Mitos al-Qur'an yang cukup memalukan

Al-Qur'an menyebutkan pernah ada satu ketika beberapa orang Yahudi telah ditukar menjadi kera hanya kerana memancing pada hari Sabtu. Cerita ini disebut di dalam Surah al-A'raf dari ayat 163-166. 


Hari Sabtu di dalam agama Yahudi dianggap sebagai hari berehat yang perlu dikhususkan untuk beribadah kepada tuhan. Bible Yahudi menyebutkan bahawa tuhan telah menciptakan alam ini dalam masa enam hari (Islam juga mengajarkan perkara sama), dan ketika hari ketujuh iaitu hari Sabtu, tuhan telah berhenti dari menciptakan. Maka orang Yahudi juga diwajibkan untuk berhenti dari melakukan apa-apa kerja pada hari Sabtu juga. 

Ia tidak hanya meliputi larangan melakukan pekerjaan, tetapi juga larangan dari pelbagai macam aktiviti termasuk larangan menggunakan kenderaan, alat elektronik dan sebagainya.

Di dalam al-Kitab, khususnya Taurat, telah disebutkan kewajipan untuk menurut perintah ini, dan sesiapa yang melanggar hukuman ini boleh dijatuhi hukuman mati (Exodus 31:15). Islam tidak mengajarkan tentang kewajipan ini, tetapi menyebutkan bahawa orang Yahudi dahulunya diwajibkan menuruti perintah hari Sabtu atas sebab yang tidak diketahui. Qur'an menyebutkan:

"Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya; dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya." (Surah an-Nahl 16:124)

Al-Qur'an juga menyebutkan "dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu" (Surah an-Nisa 4:154)

Jadi al-Qur'an mengajarkan bahawa dahulu Allah pernah mewajibkan manusia, khususnya orang Yahudi, untuk mematuhi larangan melakukan aktiviti-aktiviti pada hari Sabtu, walaupun ketika Islam diturunkan, Allah telah memansukhkan ajaran ini sama sekali. 

Kisah Yahudi yang memancing pada hari Sabtu

Kisah Yahudi yang ditukar menjadi kera kerana memancing pada hari Sabtu merupakan satu kisah yang diceritakan di dalam al-Qur'an dan diajarkan kepada orang-orang Islam sewaktu mereka kecil sekalipun. Saya masih ingat ketika sekolah rendah, cerita ini diajarkan kepada kami di sekolah agama.  Pengajaran yang ingin disampaikan adalah perlunya manusia itu mengikut perintah Allah, dan bukanlah perlunya mematuhi perintah hari Sabtu, kerana perintah larangan bekerja pada hari Sabtu bukanlah merupakan sebahagian daripada syiar Muhammad pun. 

Kisah Yahudi ini, yang digelar sebagai Ashabus Sabt, sebenarnya tidak ditemui di dalam mana-mana kitab Yahudi sama ada Taurat, Talmud, Midrash atau kitab-kitab lain. Tidak diketahui di mana asal-usul cerita ini, tetapi memandangkan ia ada disebut di dalam al-Qur'an, maka boleh dirumuskan bahawa ia satu cerita yang telah tersebar pada zaman Muhammad dan berkemungkinan ia dikatakan berlaku di sekitar semenanjung Arab, bukan di Palestin. Jika ia berlaku di Palestin, sememangnya kisah ini akan disebut dalam satu kitab-kitab Yahudi kerana ianya satu peristiwa aneh. 

Surah al-A'raf 163-166 menyebutkan pada suatu ketika, di sebuah kota di pinggir laut, orang Yahudi di situ telah "diuji". Mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan ikan pada hari-hari lain, tetapi pada hari Sabtu, ikan-ikan telah muncul dengan banyaknya, bahkan muncul sampai di permukaan air. Orang-orang Yahudi akhirnya tewas dengan permainan Allah ini dan telah memancing pada hari Sabtu. 

Allah menjadi murka dan menukarkan mereka menjadi kera. Tamat. 

Sebenarnya ada beberapa persoalan dalam cerita ini. 

1) Bayangkan kaum nelayan yang memang kerja mereka untuk menangkap ikan untuk hidup dan untuk memberi makan kepada keluarga dan penduduk bandar itu. Adakah sesuatu yang bermoral untuk Allah sengaja menyebabkan ikan tidak muncul pada hari lain, dan hanya menjadikan ikan muncul pada hari Sabtu saja? Ini sebenarnya satu tindakan yang cukup keji dan tidak bermoral, yakni sengaja mematikan sumber pencarian penduduk sesuatu kota tanpa sebab melainkan untuk kepuasan "menguji" manusia. 

2) Apakah kesalahan ini cukup besar sehingga perlu diubah mereka menjadi monyet?

3) Jika kesalahan ini cukup besar, kenapa peraturan hari Sabtu ini tidak diwajibkan kepada orang Islam? Apakah citarasa Allah dah berubah dengan begitu mendadak?

Ada beberapa pentafsir yang mentafsirkan ayat ini dengan cara lain, iaitu mengatakan penduduk kota itu tidaklah diubah menjadi kera yang sebenarnya, tetapi hanya mereka diberi sifat-sifat yang menyerupai kera. Jika benar, kenapa ayat itu sendiri tidak menyebutkan bahawa "Mereka diubah seolah-olah menjadi kera" atau "mereka diubah untuk menjadi seperti kera". Ayat itu menyebutkan "Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina" (Surah 7:166). Kenapa Allah sendiri tidak mampu memberikan ayat yang jelas, sehingga pentafsir perlu menjelaskan bagi pihak Allah makna sebenarnya walaupun ayat itu sendiri tidak berkata begitu?

Ada beberapa pentafsir yang mengatakan kera-kera ini tidak hidup panjang umur dan tidak pula mempunya keturunan. Tafsiran ini didatangkan dari kepala mereka sendiri, ayat al-Qur'an tidak menyebutkan demikian. 

Sebenarnya kisah ini hanyalah mitos. Apakah adanya bukti untuk cerita ini? Tidak ada. Apakah cerita ini boleh dikongsi secara serius di luar masjid? Sebenarnya saya sendiri tidak boleh kongsi kepada orang lain tanpa berasa bahawa ia seperti cerita dongeng sahaja, kerana kita semua tahu, manusia tidaklah bertukar tiba-tiba menjadi monyet, lebih-lebih lagi kerana "kesalahan" memancing pada hari Sabtu. Kita tidak pernah nampak dan tidak pernah dengar perkara ini berlaku, kerana ia bertentangan dengan akal yang sihat. 

Comments

  1. Hahahaha...maaf saudara Yusuf sy tak ada nk komen cuma nk luahkan pearasaan geli hati sy dgn mitos ini. Hahaha...Majoriti sudah diperbodoh bodohkan oleh kaum Pak Arab nih...

    Selamat Sejahtera Saudara Yusuf...Jaga diri & Stay Safe...i care for you as a Decent human being.TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Zeimre. Ya betul. Sebenarnya cerita-cerita ini, kalau kita nak kongsi dengan orang di luar daripada setting agama, malu sbnarnya. Bayangkan ada pemimpin kita ketika bagi ucapan menyebutkan dulu orang Yahudi pernah diubah jadi monyet, atau dulu pernah banjir satu dunia dan binatang di bawa atas bahtera, atau dulu ada seorang manusia kaya pernah ditelan bumi dengan hartanya kerana angkuh.

      Cerita-cerita macam ni skarang pun orang cuma kongsi dalam masjid, atau dalam ceramah-ceramah. Orang tak kongsi sangat kalau dalam suasana rasmi atau serius, sebab ia cuma cerita yang tidak logik. Nak kongsi pun rasa pelik, janggal dan rasa malu. Cerita-cerita macam ni tak da impak dan kesan, dan kaitan pun, dalam kehidupan kita hari ni sebenarnya, sbab tu orang pun malu nak kongsi.

      Delete
  2. xde apa yg pelik pun...mmg Quran ntuk bagi tau manusia yg Allah tu maha kuasa...elok lagi cerita manusia jadi kera daripada kera jadi manusia...sesuai dengan tujuan turunnya Al-quran...Allah jugak boleh mentakdirkan yg muslim menjadi kafir..dan yang kafir menjadi muslim...semoga Allah memberikan hidayahnya semula kepada Encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, smalam sy ada 10 orang kawan saya, baru berubah jadi monyet. Hari ni dah ada dekat atas pokok.
      Sebelum ni manusia, tp sebab diorang buat dosa kot, sekelip mata jadi monyet.

      Awak rasa pelik tak cerita saya ni? Ke awak rasa ri benda normal? Jawab dengan jujur

      Delete
    2. tak sangka bila kera jadi manusia..suka buat cerita dan menjadi sombong begini sekali..secara jujur dan tulus ikhlas...saya tak rasa pelik pun..Allah maha kuasa kan..Allah boleh buat apa sahaja yg Allah nak...kita bernafas pun Allah yg izinkan..yg penting Al-quran di turunkan untuk panduan umat manusia...cerita ini mmg nk bg tau Allah maha kuasa..dan Allah akan menguji hambanya supaya manusia tu tahu dia dikalangan org yg berdusta atau beriman...bila diberi nikmat atau kesusahan adakah dia bersyukur atau leka...

      Delete
    3. ulasan dari cerita encik..kawan2 encik mmg pandai dan berfahaman edwin..ambil masa satu hari untuk panjat atas pokok..sbb diorg mampu beradaptasi dgn keadaan dgn begitu pantas..

      Delete
    4. Maksudnya awak btul2 tak rasa pelik kalau sy kata sy ada 10 org kawan yg smalam sekelip mata brubah jadi monyet sebenar sbab buat dosa? Kalau awk tak rasa pelik maksudnya kepala awak dah tak siuman.

      Sbnarnya sy nak tau, awak prnah knal atau dngar siapa2 spanjang hidup awak yg mana manusia bertukar sekelip mata jd monyet? Jawab dngan jujur. Kalau awak jawab ya, mungkin tu boleh jelaskan knapa awk tak rasa pelik.

      Delete
    5. gilo apo nak cayo ckp abg...abg kan kera..

      Delete
    6. Gilo pula, tadi cakap tak pelik dan boleh hadam klau sy ckap ada org yg sy knal baru bertukar jadi monyet dalam sekelip mata. Awak boleh faham tak apa sy ckap ni?

      Sy tnya lg skali, awk prnah dngar atau tau siapa2 tak yg ditukar mnjadi monyet scara tiba2? Jwb x pyh nk mngelak.

      Delete
    7. sori typo.."gilo apo tak cayo..abg kan kera...dulu mengaku manusia..skang mengaku kera..apo bezo eh..yg ponting otak eh dah jadi kera..sudah2 la..

      Delete
    8. Kau dh mula melalut dh.

      Jd maksudnya kau tak rasa pelik klau aku ckap ak ada knal 10 orang yg baru smalam bertukar jadi monyet. Tu maksudnya kepala kau dh tak siuman. Apa kata kalau aku cakap dekat seremban semalam, ada lagi 20 orang yg bertukar jadi kera, rasa pelik ke tak?

      Kalau kau masih cakap tak pelik, memang sah kau dah gila.

      Kedua, kau masih tak jawab soalan, kau ada pernah dengar atau kenal siapa2 yg tiba2 tukar jdi monyet tak?

      Delete
    9. maaf..saya rasa anda yg melalut..dari tahun 2013..terlalu lama untuk seseorang melalut..

      ok lah..bagi soalan pertama n kedua...sebelum saya percaya cerita awak..

      1) sy perlu mengtahui siapakah diri anda dahulu..
      2) darimana sumber maklumat yg awak dapat
      3) saya perlu memastikan sumber maklumat anda boleh dipercayai
      4) adakah ada evidence kukuh yg menyokong statement awak
      5) apakah punca kejadian

      Delete
    10. 1) awk blh baca siapa diri sy dkat blog saya, tu sy sndiri yg tulis. Bukan sahabat2 sy atau pngikut2 sy.

      2) sy ckap pd awak, tu kawan2 sy yg bertukar jadi monyet. 10’orang semuanya, secara tiba2. Smpai sekarang mreka masih dalam keadaan monyet.

      3) saya takda evidence, tapi tahap keyakinan saya amat tinggi, sama tinggi dengan muhammad ketika dia sebar cerita yang sama dalam quran dia, iaitu manusia bertukar jadi monyet secara tiba2. Muhammad juga tiada bukti, bahkan tiada rekod selain dari dia yang mengatakan benda ini pernah terjadi. Klau jadi sekalipun, otak awak boleh terima atau tidak?

      4) punca kejadian sebab mreka berzina beramai2, iaitu melakukan dosa besar.

      Awak boleh terima atau tidak kejadian ni telah berlaku?

      Sbnarnya otak awak dah tak siuman klau awak boleh percaya manusia boleh bertukar jadi kera, atau tukar jadi babi sebenarnya. Klau awak tak rasa peliklah. Kalau awak rasa pelik ia berlaku skarang, tp tak rasa pelik klau ia berlaku sekitar seribu tahun dulu sebelum zaman muhammad, maksudnya otak awak sama ada hampir tidak siuman, atau awak sama mcam orang islam lain iaitu telah dicuci otak utk percaya benda2 mngarut mcam ni boleh berlaku.

      Zaman dulu bnyak cerita2 mcm ni sbab org zaman dlu memang suka bercerita dan tidak banyak cara utk periksa ia betul atau tidak, lgpun ilmu tak banyak. Zaman sekarang ni, zaman teknologi, cerita mcam ni lebih nampak mngarut sbab orang dah smakin pandai dan cerita2 mcam ni klau betul terjadi, boleh dengan mudah diperiksa dan dikaji, cuma ia tak terjadi lagilah.

      Delete
    11. 1) dah baca.. agak sukar untuk dipercayai kerana ada descripancy dgn kenyataan awak yang berasal dari kelantan..tapi menggunakan JDT sebagai gelaran diawal penubuhan blog ini..
      2) masih susah nak percaya
      3) awak takda evidence, awak bukan org yg dipercayai dan tak setaraf Nabi Muhammad
      4) mcm mana awak boleh percaya pasal dosa?ini tak selari dengan pengenalan diri awak..

      saya ada sebab kenapa saya percaya Nabi Muhammad..persoalannya..kenapa awak percaya edwin?lagi tak masuk akal..pernah tengok kera jadi manusia?sekiranya kera menjadi manusia..populasi manusia dah banyak dah sekarang...namun..xde sekor pun kera menjadi manusia..tapi manusia mengaku kera saya pernah dengar..

      Delete
    12. Discrepency? Awak tau tak ada brapa bnyak discrepancy di antara kandungan hadith2 yg sahih? Adakah disebabkan ni awak terus tak percaya Muhammad? Menarik juga.

      Hnya sbab sy org Klantan trus sy prlu wajib sokong kelab bola kelantan ke? Lgpun kluarga sy bnyak mrantau, bukannya sy duduk klantan spanjang masa pn.

      2) Susah nk prcaya sbab apa? Sbab benda tu bukan benda normal kan? Skurang-kurangnya minda awak masih berfungsi.

      3) Memang sy takda evidence, dan Muhammad pun takda evidence. Kitab purba berbahasa Arab yg bnyak mencedok dr kitab Yahudi bukanlah evidence ok, ia cuma kitab purba. Bnyak kelemahannya pula.

      4) Sy ckap bnyak buat dosa berdasarkan kpercayaan awak la pandai, awk kan prcaya zina tu brdosa.

      "saya ada sebab kenapa saya percaya Nabi Muhammad"

      Smua org bragama ada sbab utk taksub pd pmimpin mreka. Pngikut ayah pin taksub pd Ayah Pin, Yahudi taksub pd nabi2 mreka, yg awak pula taksub pd Muhammad.Bg pngikut ayah pin, bila Ayah Pin kata dia terbang ke langit, pngikut dia angguk dn prcaya saja walaupun itu jelas2 brtentangan dengan akal yg sihat dan waras.

      Sama mcm awak, bila Muhammad kata dia prnah nampak pokok berjalan, prnah dengar pokok menangis, pernah ikat jin dengan tiang masjid, pernah terbang naik kuda berkepak pergi ke Baitulmaqdis dan naik kelangit pula dalam satu malam, awak angguk dan kata "saya percaya!" walaupun jelas2 smua ni bertentangan dengan akal yang waras dan sihat.

      Bnda2 ni, tak mungkin terjadi sekarang ni, cerita2 mcam ni cuma dikatakan berlaku 1,400 tahun dulu. Seribu tahun dan dua ribu tahun dulu, memanglah orang2 suka bercerita cerita2 dongeng dan karut mcam ni. Bnda2 mcm ni takkan jadi dah zaman moden ni, sbab skarang ilmu smakin bercambah, dan klau ada org dakwa bnda2 mcm ni, kita boleh uji dengan senang.

      Klau ada lg org2 yg dakwa bnda2 mcm ni, dia akan dianggap orang gila. Awak pun akan anggap dia orang gila.

      ".persoalannya..kenapa awak percaya edwin?"

      Awk dh bnyak kali sbut edwin, edwin ni siapa dia? Maksud awak Darwin ke?

      "lagi tak masuk akal..pernah tengok kera jadi manusia?sekiranya kera menjadi manusia..populasi manusia dah banyak dah sekarang...namun..xde sekor pun kera menjadi manusia..tapi manusia mengaku kera saya pernah dengar.."

      Tulisan awak ni mnampakkan kejahilan awk psal evolusi ni. Sy dh tulis sbelum ni, awak baca la dulu. Ada sbab knapa org ckap teori evolusi ni ssuatu fakta, sbab awak ambil fosil tengkorak yg dijumpai 2 juta tahun lalu, banding dengan tengkorak dan tulang 1 juta tahun dulu, dn banding dengan fosil 500 ribu, kemudian 200 ribu dan seterusnya, awak akan nampak adanya perubahan, dan evolusi yang seragam.

      Smakin lama usia fosil tu, ia lebih menyerupai kera, smakin moden, ia smakin mnyerupai manusia. Itu antara sbab knapa evolusi ni benar. Kalau awak boleh datangkan fosil 1 juta tahun lalu yg mnyerupai manusia moden, dan fosil 200,000 tahun lalu yg mnyerupai kera purba, baru awk boleh kata evolusi tu salah.

      Tidak ada org kata kera tiba2 bertukar jadi manusia, fosil2 mnunjukkan yg kera purba berevolusi jd manusia dlam proses yg mngambil ratusan ribu bahkan jutaan tahun.

      Kera purba bervolusi jd manusia, dan kerba purba juga berevolusi kera moden. Dlam erti kata lain, kera purba merupakan nenek moyang kepada manusia dan keluarga2 kera moden.

      Tp takda siapa kata kera tiba2 bertukar jd manusia, atau manusia tiba2 tukar jadi kera. Ini proses yg ambil masa jutaan tahun. Awak pula cakap manusia tiba2 tukar jd kera dlam sekelip mata, ini yang bertentangan dengan akal yang waras.


      Awak boleh baca lg tulisan sy di sini:
      https://abu-yusufmalizi.blogspot.com/2021/04/evolusi-manusia-daripada-kera.html

      Delete
    13. 1) maaf saya sembang fakta je bukan putar belit fakta..
      2) mmg le..kan siapa yg Allah berkehendak je yg akan jadi..
      3) mcm mna awak boleh menilai macam tu?
      4) jadi?

      skarang ni awak nak kata awak kera ke?

      Delete
  3. Slmt Sejahtera Saudara Yusuf memang benar cerita2 saperti itu tiada impak dan kesan dlm kehidupan harian kita. Satu tulisan balas yg amat matang dari Bro Yusuf.

    If we believe something only because we hv been taught something from childhood, we are believing something for a bad reason. Many Religious people believe in their god only because they were raised with the religious ideas and has never challenged them. Non-Believers point this out not because they themselves havent experienced the same INDOCTRINATION,but because they have come to realise that they were told lies when they grew up.

    Which makes them want more Religious people to wake-up to this horrible realisation so they can finally see life and existence for what it is.

    Not Live in fear of a Hell no one can prove Exist at all, Not Live with unreasonable feelings of Not Being good enough because they believe they are born making mistake and that Religious TERM " Sin"...and scared of being punished AfterLife.

    All because there was once a Sick Desert Warlord created Imagination of God fearing and finally the Arabs comrades managed to fools our Nusantara Ancestors long long time ago.

    Sad... Bro Yusuf, Thank you for your time sorry for writing in English. You take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indoctrination is the issue, and also the fact that people are not allowed to criticise those bad ideas that are being indoctrinated.

      We can only hope that people realize this soon, and they will open their eyes to the problems within religion, more specifically islam..

      Its true, people should realize that its not that we havent been indoctrinated with those same ideas before, its just that we have come to realise the fallacies and weaknesses of those bad ideas and teachings.

      Unfortunately not everyone can arrive to this sort of conclusion..

      Delete
  4. Ok betulla ni orang dah murtad, dah x de pegangan dah x de agama. Allahu akhbar. Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terang2 sy tulis kat atas tu sy ni bekas Muslim, maksudnya sy ni dh tinggalkan islam la. Awak pun patut tinggalkan sama

      Delete
  5. Salam,
    Tapi pelik kenapa orang Jewish menjadikan Hari Sabbath sebagai Hari beribadah sampai harini .Ada kaitan dengan Ayat Alquran Tu ke.Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang jewish dah jd kan sabtu tu hari bribadah ribuan tahun sblum muhammad lahir pun, dah memang jd tradisi dn agama mreka.

      Tu bukan pelik sgt, yg pelik knapa Quran yg duk sibuk nak cedok agama yahudi, dn kata hari sabtu tu penting sngat, tp last last muliakan hari jumaat pulak. Eh, dulu tukar org jd monyet kalau kerja hari sabtu, lpas tu dah tukar pulakk?

      Delete
  6. Boleh je nelayan Tu Cari ikan hari2 lain.nak back up orang langgar larangan kenapa.
    Lepas Tu duk komplain Kata cerita Alquran xda Dalam Kitab2 lain.Satgi kalau Ada cerita dekat kitab2,komplen alquran xlengkaplah,dituduh tirulah,xsama lah.
    Bila hati tau nak Cari Salah,Tampa memikirkan kebenaran macam Tu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cerita dongeng tu dh cakap, hari2 lain takda ikan. Hari sabtu sja ikan kluar. Kau pun tau, nelayan ni kerja dia cari makan, nak sara hidup anak bini. Bila ikan kluar hari sabtu, nak tak nak, kena juga tangkap.

      Bukannya buat maksiat pun, tangkap ikan nak sara hidup je. Kau apa tau, kau bukan nelayan pun.

      "Satgi kalau Ada cerita dekat kitab2,komplen alquran xlengkaplah,dituduh tirulah,xsama lah."

      Kalau ada dkat kitab lain memang la quran tu tiru, orang2 quraisy sndiri dlam quran pun cakap crita dalam quran ni, cuma ulang balik mitos2 lama.

      Apa yg tak fikir kbenaran, kebenaran tu apa dia? quran tu kebenaran ke? Jgn buat lawak la.

      Delete
  7. Bodoh dan bongok tu simpan sikitlah bang. Jangan nak membabi buta je. SAMPAH!!!

    ReplyDelete
  8. en. ada emel ke?

    ReplyDelete

Post a Comment