Memeluk Islam

Masjid Putra (Gambar hiasan)

Saya ingin menyentuh tentang beberapa post yang dikongsi oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM) di laman Facebook mereka, tentang beberapa orang yang memeluk Islam, dan sebab-sebabnya. MRM merupakan sebuah badan dakwah NGO yang memfokuskan kepada menyebarkan Islam di kalangan orang bukan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Firdaus Wong. 

Sebenarnya kita boleh lihat di banyak tempat seperti di Youtube juga, tentang testimoni mereka yang telah memeluk Islam, dan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, bahkan saya sendiri pun sudah meluangkan banyak masa mendengar kisah-kisah penghijrahan orang untuk memeluk Islam untuk memahami apakah sebab-sebab mereka memeluk Islam. 

Tetapi di dalam tulisan kali ini, marilah kita melihat kepada beberapa contoh-contoh yang diberikan oleh MRM. Sebenarnya ada satu trend yang kita lihat di kalangan mereka yang memeluk Islam ini, rata-rata daripada mereka adalah jahil tentang agama Islam, atau terlalu cetek pengetahuan mereka, dan setelah masuk Islam, barulah mereka mula belajar asas Islam dengan menyertai kelas asas pengajian Islam, dan belajar mengaji. 

Tangkap layar dari Facebook MRM

Dalam salah satu post yang dikongsi, disebutkan bahawa bekas bendahari Hindu Sangam (sebuah persatuan memperjuangkan orang-orang Hindu di Malaysia), yang bernama Pooranam, telah memeluk Islam. Jika dilihat kepada sebab dia memeluk Islam, ia bukan kerana hujahan atau pemikiran kritis, ia kerana dia tersentuh dengan layanan baik orang-orang Islam di sekelilingnya. Berikut seperti yang ditulis oleh MRM:

"My Malay Muslim friends and my this daughter (Alysha), her husband (Razman Roy) & this daughter in law (Norliza), they all ah treat me very vey well you know. My this son in law, Roy treat me so good. My those Muslim friend ah treat me so good sometime even better than my own family!
So that day after I admitted into hospital ah, I feel the calling is already there. The hidayah as they called it. I told them to call Ustaz, I want to become Muslim. I feel so happy & peaceful even just by saying that you know.”

Anaknya telah memeluk Islam terlebih dahulu setelah berkahwin dengan orang Islam, dan dia tersentuh hati dengan layanan dari anaknya dan menantunya, termasuk juga layanan dari rakan-rakan beragama Islam. Disebabkan layanan mereka lebih baik dari yang diberikan ahli keluarganya sendiri, dia merasakan ada tarikan dari Islam, dan akhirnya telah memeluk Islam. 

Perhatikan, dia langsung tidak tahu tentang al-Qur'an, bahkan jika ditanya tentang surah-surah di dalam al-Qur'an pun, pasti dia tidak tahu-menahu, kerana bukan itu yang menariknya, sebab dia hanya terpengaruh dengan orang. Bahkan, ketika diberi pilihan untuk memilih nama Islamnya, dia memilih antara dua nama, perhatikan di bawah: 

“Ya, Aminah & Maryam. Which one you want?”
Aunty, “What does it mean ah Ustaz?”
Saya, “Aminah is the name of the mother of Prophet Muhammad & Maryam is the name of the mother of Isa, Jesus peace be upon them.”
Aunty, “Ok la. Aminah la. Aminah Pooranam.”

Dia tidak tahu pun nama Aminah dan Mariam merujuk kepada siapa, sesuatu perkara asas. 

Dalam kes Pooranam ini, dia memeluk Islam atas dasar emosi yang menebal, kerana tersentuh. Tidak menjadi masalah sebenarnya untuk seseorang memeluk Islam kerana dasar emosi sebagai faktor utama, tetapi yang menjadi tidak seronoknya, adalah apabila melihat orang Islam kerap mengkritik mereka yang keluar Islam, seringkali keluar atas dasar emosi pula, dan bukan atas dasar fakta. Jika ada yang memeluk Islam bukan atas dasar kajian tentang Islam, tetapi sebab cinta atau emosi pula, mereka tidak melihat ia sebagai satu masalah pula. 

Kes kedua, dikongsi pada 26/6/24, melibatkan dua orang yang bertanya soalan di sebuah kelas Basic Islam Course yang dikelolakan MRM, yang bernama Wong dan Jen. Apabila ditanya kenapa saudara Wong berminat dengan Islam, dia menjawab seperti di bawah:



Saudara Wong di atas tertarik dengan idea bahawa Allah itu tuhan, tetapi tidak diterangkan lagi apa maksudnya sebenarnya. Tetapi tarikan kepada satu tuhan ini merupakan satu faktor penarik untuk ramai orang yang menganggap ia satu doktrin ketuhanan yang mudah untuk difahami. Pun begitu, ini jika dilihat dari pandangan asas saja, tetapi jika diselami lagi dengan membaca tentang sifat-sifat Allah,  seperti Allah bercakap-cakap dengan makhluknya, seperti istawa atas Arasy, seperti mempunyai tangan dan kaki Allah, ini semua membuka ruang kepada pelbagai macam permasalahan lain.

Dalam erti kata lain, Islam itu boleh nampak menarik jika belajar secara asas, tetapi ketika mengaji dengan lebih mendalam, pelbagai macam permasalahan akan timbul, dan para ulama mereka pun tidak boleh menjawab, bahkan sering bertelagah dan berselisih sesama sendiri. Jika ditanya dengan lebih lagi, mereka mula mengancam kita sama ada dengan neraka, atau dengan penguatkuasa agama dan polis. 


Bagi pelajar kedua, iaitu Jen, dia mula berminat dengan Islam selepas mula bertanya tentang soalan di atas, yakni apa agama sebenar manusia dari dulu. Soalan yang bermain di minda Jen ini seperti dijawab oleh Islam yang menyebutkan Adam dan Hawa dulu adalah Muslim juga, cuma anak cucu mereka yang mula memilih agama lain sehingga timbul pelbagai macam agama. 


Jawapan dari Islam yakni Adam dan Hawa dulunya Islam juga, adalah jawapan yang sememangnya tidak terbuktikan, dan hanya berdasarkan kepada al-Qur'an semata-mata. Jawapan al-Qur'an ini pula diolah dari al-Kitab (Bible), yang juga merupakan kitab rekaan manusia. Tetapi lihat, minat Jen tentang Islam ini didasari dari soalan umum yang bermain di minda, dalam keadaan dia tidak mengetahui apa-apa tentang Islam.

Diambil dari status laman Facebook MRM

Jen dikatakan telah memeluk Islam, manakala Wong tidak. Setelah memeluk Islam barulah Jen dikatakan belajar mengaji daripada kawan. Belajar mengaji ini bermakna belajar perkara asas, belajar alif, ba, ta dan tajwid. Baru nak mula membaca satu-persatu huruf al-Qur'an. Dalam erti kata lain, baru nak kenal al-Qur'an.

Inilah satu lagi contoh dari sekian banyak contoh, yang menunjukkan muallaf yang memeluk Islam ini memeluk Islam dalam keadaan yang cukup cetek pengetahuan tentang Islam. Mereka tidak tahu tentang al-Qur'an, tidak tahu tentang kitab-kitab hadith dan sudah pasti tidak tahu tentang kitab-kitab tafsir. Bahkan mungkin nama ayah dan ibu Muhammad pun tidak kenal, dan tidak tahu pun Muhammad lahir pada tahun berapa. Mereka hanya tahu beberapa cerita elok yang dikongsi oleh pendakwah, itupun entah sahih entah tidak. Bahkan perihal hadith sahih dan palsu pun mereka tidak tahu.

Jadi dalam pada MRM cukup berbangga berkongsi kisah orang yang ramai memeluk Islam, perlulah diingat bahawa yang memeluk Islam ini masuk Islam atas dasar kejahilan. Ini bukan penghinaan, tetapi hakikat. Mereka tentunya tidak tahu-menahu tentang masalah-masalah yang wujud di dalam Islam, kontradiksi di dalam al-Qur'an, kekarutan perkara-perkara yang tidak terbuktikan langsung yang diajarkan di dalam al-Qur'an, kontradiksi di dalam hadith-hadith sahih sesama sendiri, dan dengan al-Qur'an, masalah di dalam sifat-sifat Allah dan sebagainya. 

Ini semua mereka akan tahu kemudian, itupun jika mereka belajar Islam dengan lebih mendalam atau menggunakan pemikiran yang kritis, tetapi pada waktu itu, segalanya telah terlambat, sebab orang Islam dilarang daripada keluar Islam, maka timbullah komen-komen seperti yang saya terima berkenaan cabaran untuk keluar Islam.

Antara sebab-sebab lain yang diberikan kerana seseorang itu terdetik ingin memeluk Islam termasuklah di bawah, yang saya petik dari status-status mereka yang menyebutkan tentang orang yang memeluk Islam:

- :"Sejak beliau bekerja di Semenanjung, beliau kata rasa lebih tenang sebab lebih banyak peluang untuk mendengar ayat-ayat Al Quran dan laungan azan."

Adakah muallaf itu faham maksud ayat-ayat al-Qur'an itu? Hanya kerana merasa tenang mendengar ayat-ayat yang tidak difahami maknanya, tentunya tidak membuktikan kebenaran apa-apa agama. Lagipula, ia bergantung kepada pembaca al-Qur'an itu, jika suaranya tidak sedap, orang akan rasa jengkel mendengar bacaannya.

- "Alangkah terkejutnya apabila beliau mendapati bahawa ada banyak persamaan antara agama Islam dan agama asalnya.  Malahan kesinambungan mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. membuatkan beliau lebih jelas siapa Tuhan yang sebenarnya."

Cukup cetek pengetahuan, sehinggakan terkejut mendapat tahu tentang perkara asas. 

Rata-rata muallaf ini akan mengikuti kelas asas Islam, dan kemudian barulah mendapat tahu apa Islam itu, dan itupun hanya mendengar apa yang para asatizah mereka ingin supaya mereka dengar, yakni hanya perkara-perkara yang positif saja, sepertimana yang sering disebarkan oleh para asatizah kepada mereka yang memang dibesarkan dalam keluarga Islam.

Yang benar-benar mengkaji Islam secara kritis ini hanyalah sedikit, tetapi setelah melihat permasalahan di dalam Islam, seperti disebut, ia sudah terlambat. Jika di Malaysia ini tidak menjadi kesalahan untuk orang-orang Islam memilih agama lain juga, maka sudah pasti kita akan melihat lagi ramai orang yang keluar Islam. Hanya saja ini satu kesalahan, maka yang kita dengar hanya yang memeluk Islam.

Inilah ketidakadilan dan penindasan yang cukup jelas.

Comments

  1. Syukur ada balik blog ni..sebelum ni kena hacked๐Ÿ˜ญrinduu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya bukan kena hacked, cuma sy tutup sementara atas sbb2 trtntu.

      Delete
  2. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete

Post a Comment