Bulan "ramadhan" datang lagi

Ramadhan tiba, ramadhan tiba, ramadhan tiba. ~ Marhaban ya Ramadhan - "Lagu Opick"


Bulan puasa bagi umat Islam sudah tiba lagi. Hakikatnya, bulan "ramadhan" dan kesucian bulan "ramadhan" ini, hanya wujud di dalam minda umat Islam saja. Bulan ni tidak wujud pun, dan tidak ada apa yang membezakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Ia hanyalah salah satu bulan yang dikira menurut perubahan kitaran bulan, dari anak bulan sehingga penuh, sebelum menghilang semula. Kalendar jenis ini adalah adalah dipanggil kalendar lunar, yang digunakan oleh penduduk Arab dari zaman purba,  dan nama-nama bulan di dalam kalendar itu diberikan oleh orang-orang Arab purba itu. 

Tidak ada kesucian tentang bulan ini, yang bergerak setiap tahun. Tahun ini ia jatuh pada bulan April. Bagi yang bukan Islam seperti saya, hari ini merupakan hari Ahad biasa sama seperti hari Ahad lain pada bulan April. Hanya jika anda percaya bahawa hari ini merupakan hari pertama bulan Ramadhan, maka, anda akan merasa sesuatu, merasakan kepentingan bulan ini, dan merasakan bahawa ia bulan suci. Walhal semuanya bergantung kepada kepercayaan di dalam otak semata-mata. Jika percaya, maka rasalah ia suci, jika tidak, maka ia sama seperti hari-hari lain. Tidak ada yang dapat dibuktikan oleh mereka yang percaya kepada kesucian atau kepentingan bulan "Ramadhan" ini tentang signifikan bulan ini. Ia bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan, yang turun dari nenek moyang.

Maka kami yang tidak percaya kepada "kesucian" bulan ini, tidak dapat menilai kebenaran dakwaan mereka, kerana mereka sendiri tidak dapat membuktikan kepercayaan nenek-moyang mereka.

Yang menjadikan bulan ini seolah-olah berbeza, adalah kerana pengikut agama itu sendiri. Setelah di dalam kepala mereka telah diprogram bahawa malam tadi, setelah kelihatan anak bulan, maka bulan Ramadhan telah bermula, maka mereka pun beramai-ramai percaya bahawa bulan Ramadhan ini telahpun bermula. Maka mereka pun mula berpuasa dan mula mengadakan bazaar dan mula mendirikan ritual solat tarawih mereka. Maka terasalah suasana bulan Ramadhan itu, kerana perbuatan mereka. Cuba jika semua orang buat tidak tahu saja, seperti di negara-negara yang bukan Islam. Yakni hari ini hari Ahad biasa, maka ia terasa hanya seperti Ahad biasa dan tidak ada apa pun yang membezakannya. 

Semua cerita tentang iblis diikat, pahala datang berganda ketika ibadah malam, wajib berlapar pada bulan ini, dan sebagainya, hanya cerita semata-mata, yang direka untuk menggambarkan suasana bulan ini. Cerita-cerita ini juga menjadikan bulan ini seolah-olah mempunyai makna signifikan, tetapi semua itu hanyalah cerita, yang tidak ada apa-apa yang membuktikan kebenarannya. 


Comments

  1. Selamat Sejahtera Saudara Yusuf apa kabar. Sy rasa saperti hari Ahad yg biasa sahaja. Cuma sy dpt rasa suasana dlm komuniti tempat tinggal sudah berubah. Masing2 mula meningkatkan @upgrade diri masing2 utk lebih tunduk kpd bulan dikatakan special ini. Motif hanya utk mengaut lebih pahala.

    Betul. Amalan suasana ramadan ini hanya rekaan komuniti kaum Arab yg di turunkan kpd nenek moyang kita di nusantara ini. Facts nya nenek moyang kita tidak tahu apa2 pon kenapa mengapa Bulan ini dikatakan suci asal nya. Hanya kena temberang oleh Pak pak Arab.

    Bagaimana pon sy buat apa yg patut utk survive dlm komuniti begini. Sy akan bersiar siar ke Hiway Doing my own thing that i think appropriate.

    Sekian Bro Yusuf Trm ksh meluangkan masa You Take Care n Stay Safe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro. Sbnarnya bagus jika org2 kita dapat melihat yg bulan ini sama saja sperti bulan2 lain. Tidak ada yg istimewanya. Jika ingin dikatakan pahala dilipatgandakan dan sbagainya, ini smua hanya dakwaan smata2.

      Delete
  2. 'Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran...'

    Itu antara salah satu sebab akal2 kami merasakan sucinya bulan ini kalau sekalipun dianggap 'biasa' oleh orang2 seperti anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu nak anggap suci itu takpa, cuma jangan paksakan kepercayaan dalam otak kamu tu ke atas saya.

      Delete

Post a Comment