Tingkahlaku orang berpuasa

Apabila tiba bulan puasa, kita boleh dijamin bahawa kita akan disaji dengan berita-berita yang aneh dan juga yang menyakitkan hati berkaitan dengan perihal puasa puak Muslimin ini. Antaranya adalah berita tentang tularnya sebuah sekolah yang melarang murid-murid daripada minum di depan orang, dan dengan berita tentang kantin ditutup. 


Atas dasar mengajar (mendesak) orang berpuasa, maka budak-budak kecil pula yang perlu jadi mangsa. Wahai kaum Muslimin, ketahuilah agama kamu didasarkan atas dogengan purba yang tidak bersandarkan bukti, ia hanya cerita turun-temurun dari nenek moyang kamu. Tolonglah jangan taksub sangat dan jangan dipaksa kepercayaan kamu kepada anak-anak kecil. Disebabkan perbuatan kamu inilah, anak-anak kamu ini apabila besar nanti akan jadi sama mentaliti seperti kamu. 

Mereka akan membesar dengan melakukan perkara yang sama kepada anak-anak generasi masa depan. Kamu akan menyangka ini satu taktik dakwah dan menunjukkan Islam ramai pengikut, tapi hakikatnya ia hanya satu percubaan menurunkan agama nenek moyang dengan kaedah paksaan dan pencucian otak anak-anak. Anak-anak hanya akan meniru semula gerak-geri ibu bapa mereka, dan bukannya mereka diberi pilihan untuk berfikir cara lain pun.

Hentikan semua kebodohan ini, biarkan saja kantin dibuka, kalau orang nak makan, biar mereka makan. Kenapa takut sangat dengan godaan? Tuhan kamu dah lebih dulu mencipta iblis, untuk apa? Untuk menggoda kamulah. Jadi kamu nak tutup kantin dan larang anak-anak dari bawa bekal atau dari makan depan kawan-kawan, konon untuk elakkan godaan, tapi tuhan kamu mencipta dan membiarkan iblis menggoda manusia dari pada zaman adam mengikut cerita dongeng kamu. Jadi kenapa kamu nak mendahului tuhan kamu sendiri?


Gunalah otak sikit

Comments

  1. Slmt Sejahtera Bruh Yusuf apa kabar. Tanggungjawab Warga Dewasa Professional komuniti kita terhadap kanak2 belom Baligh atau bahasa saintifik belom cukup Akal amatlah saya kesali berdasar tulisan yg saudara paparkan kali ini.

    Betul. Ini lah hasilnyer atas kurang nya daya pemikiran matured seseorang dewasa hanya disebabkan satu ikutan turun menuran yg konon Demi kebaikan atas nama Agama.

    Bagi saya Mendidik kanak2 serta menakut nakutkan dgn arahan Bodoh berlapar adalah tidak wajar kerana physical body structure kanak2 belom bersedia utk tidak makan dan minum selama 12 jam.

    Jawapan majoriti belom ada yg mati sakit. Ok. Itu last card utk melepaskan diri jawapan malas. Sebagai contoh : jawapan God Did it.

    Fullstop. Tidak perlu di Analisa seterusnyer sebab its always God did it. Higher Educated Scholars need to sit down and think about the above unfortunate scenario and put an End to it.

    Sekian Bruh Yusuf TQ meluangkan masa. You Take Care & Stay Safe.

    Truth Seekers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly..why need to force the kids to puasa. If they want to puasa, they'll puasa. And likewise if they don't want to puasa, and eat at the canteen, we need to allow it. Muslims should realize this is just about eating/drinking, something basic that everyone should have the right to do.

      Delete
    2. Bro Aku appreciate APA kau buat since 2013...Aku Pon exmuslim... teruskan kan exposed Islam bro harap lagi ramai exmuslim Dalam kalangan org melayu

      Delete
    3. Terima kasih bro..Perjuangan belum berakhir

      Delete

Post a Comment