Perintah berpuasa di dalam al-Qur'an - cerita benang putih dan hitam


Qur'an di dalam Surah al-Baqarah ayat 187 "diturunkan" untuk mengajar umat Islam cara berpuasa. Ia berbunyi: 

 وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا۟ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيْلِ

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih dari benang hitam, dari waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);

Jika dibaca ayat ini secara zahir, memang kita akan merasa aneh. Andaikata untuk mengenali waktu mula berpuasa adalah apabila kita dapat membezakan benang putih dan hitam, maka itu bermakna sepatutnya langit sudah agak cerah untuk kita dapat melihatnya. Maka puasa sepatutnya bermula sewaktu langit sudah mula cerah. Pada zaman dahulu, dengan tiadanya lampu, dan terhadnya sumber cahaya, maka untuk dapat membezakan benang putih dan hitam, adalah hanya dengan munculnya fajar dari cahaya matahari.

Cuma masalahnya, ketika masuk waktu subuh, iaitu saat pertama fajar mula timbul, langit masih gelap. Langit hanya akan menjadi cerah secara lambat laun. Maka ayat ini tidak menjelaskan kenapa umat Islam mula berpuasa bermula dari waktu subuh. 

Bahkan ketika mula-mula ayat itu diturunkan, para sahabat juga ada yang mula menggunakan benang putih dan hitam untuk dijadikan rujukan sebagai masuk waktu untuk berpuasa, kerana ingin mengikut ajaran Qur'an. Ketika Muhammad mendapat tahu perkara ini, dia kemudian menjelaskan bahawa ayat ini bukanlah literal, tetapi hanya kiasan saja. Yang dimaksudkan dengan benang putih adalah waktu siang, yakni fajar, dan benang hitam itu bermaksud maghrib. Jadi tidaklah patut benar-benar menggunakan benang putih dan hitam sebagai panduan.

Jika benarlah ini yang dimaksudkan Muhammad, kenapa tidak dijelaskan saja di dalam ayat itu? Kenapa tidak gunakan bahasa yang mudah difahami, yakni "puasa bermula dari waktu fajr, dan berakhir pada waktu maghrib"? Bukankah itu bahasa yang cukup mudah difahami? Dia sendiri yang menyebut puasa bermula ketika benang putih dan hitam boleh dibezakan, kemudian dia juga yang kata ia cuma kiasan, maksud sebenarnya adalah lain. Lihat hadith di bawah:

Riwayat daripada Sahl bin Sa'd, ketika ayat surah al-Baqarah 187 diturunkan, yakni makan dan minum sehingga jelas kepada kamu benang putih dan hitam, ayat "Minal fajr" (dari fajar) itu tidak diturunkan bersama, maka beberapa orang ketika hendak berpuasa,  mengikat tali benang pada kaki mereka, satu hitam dan satu putih, dan mereka akan terus makan sehinggalah mereka dapat membezakan benang putih dan hitam. Maka Allah menurunkan "dari fajar",  maka fahamlah mereka bahawa ia sebenarnya bermaksud "siang" dan "malam". (Sahih al-Bukhari, buku 65, hadith 38)

Hadith menjelaskan bahawa pada mulanya ayat al-Qur'an ini diucapkan Muhammad, ia hanya terhenti sehingga benang hitam, yakni وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ tetapi setelah melihat gelagat sahabat-sahabatnya menggunakan benang putih dan hitam, sama ada kerana dia menyedari ia tindakan yang kurang tepat, atau kerana mengubah mindanya (mungkin kerana menyedari jika menggunakan kaedah ini, waktu mula berpuasa akan berbeza-beza, kerana bukan semua orang akan nampak perkara yang sama, ada yang duduk di bawah obor api, ada yang di tempat yang benar-benar gelap), dia kemudian mengatakan Allah telah menyambungkan ayat itu sehingga ayat مِنَ ٱلْفَجْرِ yakni "dari fajar". 

Maka dengan tambahan ayat "dari fajar", maka kononnya difahamilah maksud sebenar ayat ini adalah fajar, yakni permulaan waktu subuh. 

Jadi persoalan keduanya, kenapa Allah tak turunkan saja dari awal ayat "dari fajar" itu? Kenapa turunkan ayat yang tidak lengkap, yang mengelirukan para sahabat, kemudian baru habiskan ayat itu kononnya untuk menjelaskan. Kenapa tidak dijelaskan dari awal sahaja, dengan menghabiskan ayat itu sehingga مِنَ ٱلْفَجْرِ yakni "dari fajar"? Nampak tidak betapa mengarutnya ayat ini dan cerita di sebaliknya?

Akhirnya ayat ini tidak membawa maksud yang ditulis, tetapi mempunyai maksud lain. Tak ada kaitan pun dengan benang putih atau benang hitam. Kalau maksud lain, tulis sajalah maksud lain. 

Comments

  1. Puasa la woiii...dah besar perangai yak yak ye plastik hitam...haha..
    Jangan lupa bayar fidyah X berapa tahun tak ganti Tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni ikut ajaran sesat mana. Sejak bila bukan islam takda agama diwajibkan berpuasa pulak ni

      Delete
    2. Abang nazmi, alquran yg awak baca tu bukan datang dari tuhan, tapi hanyalah ciptaan manusia semata-mata.

      Delete
  2. Salaam.Terima kasih atas penulisan ini..Dah banyak hari saya google ayat 2:187 dari beberapa blog Quranist yg lain..ada yang mengatakan ia perumpamaan antara perkara baik dan tidak baik.Ada yang berpendapat bahwa ianya petunjuk antara waktu fajar dan maghrib.Saya buntu dengan ayat *Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih dari benang hitam, dari waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sama2. Ya, ayat 2:187 hanya mnunjukkan penulis al-Qur'an ini tidak mampu memberikan mesejnya dengan jelas, sehingga pendengar pertama al-Qur'an pun terkeliru.

      Delete
  3. Jangan kau romen bini tgh bulan puasa ni..satgi kena bayar kafarah pula..Bini Islam lagi ke ikut murtad tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar org islam pengganas

      Delete

Post a Comment